Pelajar nekad rendam kaki dalam ais kering, demi pampasan insuran RM6.15 juta

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Seorang pelajar universiti dituduh menipu syarikat insurans dengan membuat dakwaan palsu bahawa kakinya perlu dipotong

akibat luka yang beku kerana menunggang motosikal pada waktu malam.

Menurut Biro Siasatan Jenayah (CIB), pelajar yang dikenali sebagai Chang sengaja menjejaskan kakinya dengan ais kering untuk tempoh yang lama,

Pelajar nekad rendam kaki dalam ais kering, demi pampasan insuran RM6.15 juta

menyebabkan luka yang teruk sehingga kakinya perlu diamputasi.

Chang kemudian memohon pampasan daripada lapan syarikat insurans berbeza dengan jumlah keseluruhan NT$41.26 juta (RM6.15 juta) atas kecederaan yang didakwa berlaku semasa menunggang motosikalnya dalam keadaan sejuk, lapor Taiwan News.

Namun, siasatan mendapati bahawa cerita yang dikemukakan oleh Chang telah direka olehnya dan rakan seuniversitinya, Liao.

Kedua-dua Chang dan Liao telah dituduh melakukan penipuan dan penyelewengan, menurut Pejabat Pendakwa Daerah Taipei.

Menurut dokumen pendakwaan, pada 26 Januari tahun lalu, Chang dan Liao memperoleh ais kering dan kemudian pergi ke rumah Liao. Mereka merendam kaki pelajar tersebut dalam baldi ais kering selama lebih daripada 10 jam.

Kejadian itu menyebabkan kaki Chang membengkak dan beliau kemudiannya dirawat di hospital dan terpaksa menjalani proses amputasi.

BACA: “Minggu ni masuk 2 minggu suami tak masuk bilik bini kedua sejak dia bawa tinggal sekali, bila aku tanya sebab, aku padan mukakan je suami dalam hati”