Pelajar bawa kucing kesayangan tinggal di kolej terkantoi dengan warden, “tak sanggup berjauhan”. “GELAGAT mereka itu yang membuatkan saya gembira,” itulah kata-kata seorang gadis yang menjadikan kucing sebagai penyeri hidupnya
Video yang dimuat naik oleh gadis berkenaan menunjukkan dia sedang membawa kucing peliharaannya di atas motosikal sambil memakai helmet.
Perkongsian tersebut setakat ini meraih sebanyak 1.3 juta tontonan di aplikasi TikTok.
Berkongsi cerita kepada mStar, Liyana Amalina Zainal, 23, berkata, dia suka memuat naik video lucu tentang kucingnya, Hachiko di media sosial.
Tambahnya lagi, dia sering menjadikan haiwan peliharaannya sebagai teman ketika berada di kebun kelapa sawit milik bapanya, Zainal Nasir, 62, di Felda Sri Jaya, Tangkak, Muar.
“Bila bosan, saya saja mengusik kucing peliharaan saya iaitu Hachiko dan memakaikannya dengan benda pelik seperti helmet yang dibeli di Shopee. Setiap tingkah laku dia yang lucu, mesti saya rakam dan muat naik di WhatsApp, Instagram dan TikTok.
“Saya memang akan bawa Hachiko teman saya di kebun dan untuk elak dari kebosanan sebab saya boleh kacau dia. Saya biasanya ke sana tolong bapa dan datuk membaja dan tolak buah kelapa sawit.
Abel membela Hachiko sejak haiwan ini kecil lagi.
“Saya kongsi video dia untuk suka-suka je, tapi tak sangka sudah satu juta penonton yang melihat gelagat Hachiko. Keluarga saya pun terkejut sebab tak sangka penonton seramai itu.” katanya yang menetap bersama keluarganya di Felda Sri Jaya, Tangkak.
Lebih mesra disapa Abel, katanya, dia memelihara Hachiko sejak kecil lagi dan turut membawa kucing tersebut ke kolejnya di Jasin, Melaka.
Tambahnya lagi, Hachiko merupakan seekor kucing yang baik dan selalu menemaninya ketika sedang bersedih.
“Hachiko ni sebenarnya kucing kampung, tapi tak tahu kenapa bulunya kembang. Dia ada dua adik beradik, seekor saya bela dan seekor lagi Oyen abang yang pelihara.
“Ibunya dah dipindahkan ke tempat lain, jadi saya dan abang saya jaga kedua-dua anaknya secara berasingan. Saya bawa Hachiko ke kolej dan abang jaga Oyen di rumahnya sendiri.
Hanya rakan teman rapat sahaja yang tahu tentang Hachiko sewaktu di kolej.
“Saya bawa Hachiko pulang ke kolej secara senyap-senyap ketika dia berusia dua minggu, waktu itu hanya teman rapat saja yang mengetahui tentang kucing ini.
“Bila balik kelas dia tunggu di depan pintu dan akan tidur di bahagian kepala saya pada waktu malam. Hachiko memang seekor kucing yang baik, dia tahu bila tuan dia sedih dan akan duduk di sebelah untuk teman,” katanya yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Perniagaantani di Universiti Teknologi Mara Jasin, Melaka.
Menurut anak bongsu daripada empat beradik itu, rahsianya terbongkar apabila salah seorang staf penyelenggaraan kolej ternampak Hachiko ditingkap hostelnya pada awal tahun 2021.
Akur dengan peraturan kolej, Abel mengambil keputusan untuk menyewa di luar kerana tidak sanggup untuk berjauhan dengan Hachiko.
“Waktu semester 2 dahulu, penjaga asrama telah bertukar dan masa tu saya kantoi bawa haiwan ke dalam kolej sebab ada staf ternampak Hachiko di tingkap, sedang melihat burung di luar.
“Kalau mengikut peraturan, kami tidak dibenarkan membawa masuk haiwan peliharaan ke dalam kampus. Tetapi saya dan rakan serumah naik turun pejabat kolej untuk membuktikan yang Hachiko tak pernah buang najis merata kerana sudah diajar untuk menggunakan pasir kucing sejak berusia dua bulan.
“Lagipun tiada komplen kucing saya mencakar tilam dan perabot lain, jika ada pasti sudah disaman kerana perabot rosak. Saya menangis dan merayu di hadapan staf agar diberi belas kasihan untuk menjaga Hachiko di kolej.
Saya harap orang di luar sana kalau mahu membela kucing tu tolong jaga mereka sebaik mungkin.
“Sebab saya tidak boleh bawa dia pulang dan tinggalkan di kampung, tak ada orang yag akan menjaganya di sana. Saya sudah menjaga Hachiko di dalam kolej sejak diploma lagi, tapi apakan daya, terpaksalah tumpangkan dia di rumah kakak kedai runcit cafe kami untuk beberapa hari.
“Saya kemudiannya mengambil keputusan untuk menyewa di luar kerana tidak tahan berjauhan dengan Hachiko,” ujarnya.
Menurut Abel, Hachiko menjadi penyeri hidupnya ketika waktu sedih kerana gelagatnya sering membuatkan dia gembira.
Bagaimanapun, dia menasihatkan mereka di luar sana yang berhasrat untuk memelihara kucing supaya membuat persediaan secukupnya agar dapat menjaga haiwan tersebut sebaik mungkin.
“Saya memang pencinta kucing sejak kecil lagi dan menjadikan mereka penyeri hidup ketika waktu sedih. Gelagat mereka itu yang membuatkan saya gembira semula.
Gelagat comel Hachiko semasa di bawa di atas motor oleh Abel
Abel tidak tahan hidup berjauhan dari Hachiko.
“Saya harap orang di luar sana kalau mahu membela kucing tu tolong jaga mereka sebaik mungkin. Anda perlu ada persiapan yang cukup sebelum nak bela, kalau tak nenti kesian kucing tu tak dapat keperluan yang sepatutnya.
“Jika terjumpa atau terserempak dengan kucing jalanan, janganlah berkira untuk beri makanan. Mereka juga perlukan kasih sayang sama seperti haiwan peliharaan yang lain,” katanya.
View this post on Instagram
BACA:
Niena Baharun hadiahkan gelang emas kepada pengasuh sebab ikhlas jaga anak
Mekyun kini hiasi billboard gergasi UTHM, “ini baru betul influencer genius..”
Aksi nenek buat ‘strike’ sambil pakai baju kurung jadi tular