Peguam terkenal, Mohamed Haniff Khatri Abdulla, baru-baru ini mengambil langkah undang-undang dengan memfailkan semakan kehakiman
Di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengenai larangan merokok di kawasan pejabat, termasuk premis milik swasta, yang bakal dikuatkuasakan pada 1 Januari 2025.
Dalam saman tersebut, Haniff telah menamakan Kerajaan Malaysia dan Menteri Kesihatan sebagai pihak defendan utama.
Menurutnya, larangan ini mencabuli hak asasi individu yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan. ”
Sebagai seorang perokok, saya berhak untuk menikmati hak saya tanpa sebarang sekatan,” tegasnya.
Haniff berpendapat bahawa peraturan baru ini seolah-olah tidak memberi ruang untuk perokok menikmati hak mereka untuk merokok di tempat kerja sendiri. “Saya berhak menggunakan ruang kerja saya tanpa halangan yang tidak wajar,” jelasnya lagi.
Beliau juga menekankan bahawa merokok masih sah dari segi undang-undang sivil, dan menggesa kerajaan agar melihat isu ini dengan lebih adil.
Bagi memaklumkan pekerja dan anak guamnya, Haniff telah meletakkan notis di pejabatnya sejak Oktober lalu yang menyatakan bahawa kawasan tersebut adalah mesra perokok.
Haniff turut memberi pilihan kepada pekerja yang tidak selesa dengan keadaan tersebut, termasuk menawarkan pampasan atau peluang untuk berhenti bekerja. “Saya tidak memaksa sesiapa untuk menerima asap rokok.
Pekerja dan pelanggan bebas untuk membuat keputusan mereka sendiri,” jelas Haniff.
Pada 29 November 2024, Haniff turut menghantar surat rasmi kepada Menteri Kesihatan, memohon agar pejabatnya diberikan pengecualian daripada peraturan larangan merokok ini.
Menurutnya, premis milik peribadi sepatutnya tidak tertakluk kepada peraturan yang sama seperti kawasan awam.
Langkah Haniff ini mencetuskan perbincangan mengenai hak individu untuk merokok di ruang peribadi mereka dan bagaimana kerajaan perlu menyeimbangkan antara hak peribadi dengan kepentingan kesihatan awam.
BACA: Puasa, raya dan persiapan anak sekolah jatuh pada bulan sama, ini cara kumpul duit paling cepat
1 thought on “Peguam terkemuka Haniff Khatri saman kerajaan, cabar larangan merokok di pejabat!”