Peguam ini dedah penipuan ejen penapis jenama ‘C’ salah guna maklumat pengguna demi keuntungan

Oleh JUNAIDA MAHUSIN

Pada masa ini, banyak orang memasang penapis air di rumah dengan menggunakan pelan yang ditawarkan oleh

syarikat-syarikat terkemuka yang menjanjikan kelebihan seperti perkhidmatan bulanan percuma dan lain-lain.

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok @reinalum telah berkongsi sebuah video yang menunjukkan ketidakpuasannya

Peguam ini dedah penipuan ejen penapis jenama 'C' salah guna maklumat pengguna demi keuntungan

dengan syarikat terkenal yang memasarkan penapis udara, di mana dia merasakan dirinya telah ditipu.

Menurutnya, dia diberikan tawaran untuk menaik taraf penapis udara tanpa diberitahu bahawa ini akan menghasilkan satu kontrak baru, dan tempoh kontrak baru tersebut tidak dinyatakan oleh ejen yang terlibat.

Dia hanya sedar tentang perkara ini apabila dia ingin menamatkan kontrak penapis udaranya yang sedia ada tetapi pihak syarikat memberitahunya bahawa dia sudah menandatangani kontrak baru.

@reinalum I akan cuba settle isu ni baik2 dgn #coway tapi kalau tidak mmg I akan lodge a report to #kpdnkk. All this for something as basic as air filter?? Kesian la dekat customer yg tak tau hak mereka. Lesson learned! 😞 #fypmalaysia #consumerrights ♬ original sound – Reina Lum

Dia juga menyatakan bahawa ejen tersebut tidak memberikan salinan kontrak kepadanya dan menggantikan tandatangan beliau. Tambahan pula, dia dikenakan denda sebanyak RM3,000 apabila ingin menamatkan kontrak tersebut.

Walau bagaimanapun, dia akhirnya bersetuju untuk membayar RM1,800 dan memulangkan penapis udara tersebut. Dia berhasrat untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa berkenaan dengan isu ini.

Perkongsian beliau telah menarik perhatian orang ramai dan kebanyakan netizen berasa simpati terhadap apa yang berlaku padanya.

Tidak hanya itu, ada juga netizen yang menyatakan bahawa perkara serupa telah berulang kali terjadi dan mencadangkan untuk memilih jenama lain yang lebih boleh dipercayai.

BACA: Baru beli rumah RM 3.6juta tapi jutawan ini cari makanan di tong sampah, rupanya ini rahsia kekayaan dia