Pegawai Agama Kota Setar dedah ada lelaki nikah isteri orang di Thailand. Pegawai Agama Kota Setar dedah ada lelaki nikah isteri orang di Thailand. Datuk Syeikh Ahmad Faisol Omar mendedahkan hasil pemeriksaan mendapati enam peratus daripada kes-kes yang dirujuk itu didapati tidak sah kerana menggunakan wali hakim tidak bertauliah selain mengahwini isteri orang.
“Sah atau tidak (perkahwinan di Thailand) bergantung kepada siasatan oleh Pendaftar Nikah. Ada beberapa perkara yang kita lihat seperti wali dan jurunikah dan siasatan akan dijalankan oleh Pendaftar Nikah pejabat agama.
“Adakah mereka (wali dan jurunikah) memiliki tauliah. Pengesahan perkahwinan kemudian akan diputuskan oleh pendaftar nikah.
“Kebanyakan kes yang dirujuk adalah sah, namun ada yang tidak sah antaranya menggunakan wali hakim yang tidak bertauliah, ada juga yang berkahwin dengan isteri orang yang mana idah belum tamat, tetapi sudah menikah lain,” katanya di sini semalam selepas menghadiri Majlis bersama asnaf Lembaga Zakat Negeri Kedah di Kampung Lumat di sini semalam.
Beliau menasihatkan pasangan yang bernikah di luar negara supaya mendaftarkan perkahwinan di pejabat agama sesegara mungkin bagi mengelak sebarang kesulitan pada masa akan datang.
“Denda sebanyak RM1,000 dikenakan bagi setiap kesalahan. Orang yang bernikah di Siam (Thailand) ini tidak malu sebab membelakangkan ibu bapa dan isteri pertama,” katanya.
Beliau menjelaskan kebanyakan pasangan yang bernikah di Thailand tanpa kebenaran melibatkan orang biasa selain orang kenamaan, namun bilangannya tidak ramai. Beliau juga tidak menafikan bahawa pernikahan di Thailand semakin rancak selepas sempadan kedua-dua negara dibuka semula setelah penularan Covid-19 reda.
“Pasangan yang nikah tanpa kebenaran ini, mereka melakukan tiga kesalahan iaitu berkahwin tanpa kebenaran bagi belum pernah berkahwin dan berpoligami tanpa kebenaran.
Menurut Ahmad Faisol, “Jika mereka lambat mendaftarkan perkahwinan, maka mereka melakukan satu lagi kesalahan iaitu lewat mendaftarkan perkahwinan,”
Malah, tempahan bernikah di negara jiran itu tetap rancak dengan Ejen tidak menang tangan untuk melayan permintaan daripada pasangan terutama mereka yang ingin berpoligami, terdapat lebih 20 pasangan merentasi sempadan melalui Perak setiap minggu untuk bernikah di Songkhla.
BACA:
Sebaris motor terbakar: ‘saya first time jumpa kes macam ni’ – abang bomba
Beli air secawan je, lepak sampai 5 jam – Netizen berang Mcd jadi ‘Perpustakaan awam’