Pecah rekod dunia! Wanita islam bersuami empat, segala rahsia wanita ini terdedah dalam mahkamah
Seorang peguam syarie mendedahkan bahawa dia ada mendengar sebutan kes di mahkamah di mana melibatkan seorang wanita yang hadir bersama suami keempatnya.
Cerita peguam yang bernama Hasanah itu, suami keempat wanita itu hadir ke mahkamah
Bagi memfailkan faraq nikah (pembubaran perkahwinan) melalui kuasa mahkamah berdasarkan sebab tertentu.
Maklum lelaki itu, dia hanya mengetahui mengenai isterinya mempunyai suami lain setelah seminggu berkahwin.
Hakim tanya macam mana dia tahu. Dia jawab ia bermula selepas didatangi seorang lelaki yang memaklumkan bahawa isterinya merupakan isteri orang lain.
Terkejut dengan perkara itu, suami keempat membuat semakan di pejabat agama dan mendapati isterinya adalah isteri kepada lelaki yang datang berjumpa dengannya itu.
seram kes harini di mahkamah. suami hadir failkan faraq nikah. jrg suami failkan faraq nikah.
bila hakim tanya isteri, rupanya isteri adlh isteri orang lain semasa nikah suami dia nie.
n lagi mengejutkan dia bkn punya sorg suami. tapi ada 2 suami lain..🥶
— Hasanah Johari (@TkeyJoe) August 3, 2023
Difahamkan, wanita itu bernikah kali pertama pada tahun 2008 dan memfailkan fasakh namun kes dibuang kerana tidak hadir maka tiada perintah fasakh.
Kali kedua pula dia berkahwin di Thailand pada tahun 2013 dan kali ketiga pun dinikahi suaminya pada tahun 2017 dan tidak dinyatakan sebab mereka tidak lagi bersama.
Advertisement
Wanita itu berkahwin di luar negara dan tak ada rekod. Dia balik ke Malaysia selepas terpisah dengan suami dan dia menganggap perkahwinan itu terbubar sendiri.
Suami keempat wanita itu juga kelihatan tenang dan isterinya hanya berpeluk tubuh sebelumister mengaku di hadapan hakim mengenai perbuatannya itu.
“Sebelum ini ada kes isteri ada dua suami, tapi ini empat suami. Memang seram kes ini berlaku di depan mata, saya hanya beristigfar” ujarnya lagi.
BACA: Isteri tergamak masak suami jadi daging kurma sampai jiran terbau benda pelik