Patutlah Sanusi umum Kedah ada sumber bernilai lebih dari KDNK Malaysia, ini 5 REE yang ada di dunia
Berlian dan emas merupakan bahan yang menjadi rebutan ramai di kalangan ahli masyarakat kita, ekoran harganya yang dikatakan tinggi.
Walaupun begitu, masih banyak bahan lain yang lebih mahal dan jarang ditemui di dunia.
Bahan-bahan ini memainkan peranan yang penting dalam pembangunan teknologi dan sains serta merupakan bahan pembinaan dalam banyak perkara yang kita gunakan sehari-hari.
Berikut adalah senarai lima bahan yang paling mahal di dunia, mengikut turutan harganya dari yang paling murah ke yang paling berharga.
1. Berlian
Berlian merupakan permata berharga, dihargai kerana keindahan dan ketahanannya.
Berlian berkualiti tinggi boleh berharga puluhan ribu dolar dalam setiap karat, dengan beberapa batu ditemui yang dikategorikan sebagai luar biasa kualitinya mampu mencecah harga jutaan ringgit.
Berlian terbentuk di dalam mantel bumi di bawah suhu dan tekanan tinggi, dilombong menerusi proses yang sukar disebabkan kesukaran kepada aksesnya. Proses mempersiapkan berlian untuk kegunaan tertentu juga memerlukan peralatan khusus dan pelaburan besar, yang menambah kepada jumlah kos yang tinggi.
Bagaimanapun harganya masih layak dikatakan berpatutan untuk semua orang, kan?
2. Plutonium
Plutonium adalah logam radioaktif yang digunakan terutamanya dalam reaktor nuklear dan boleh digunakan sebagai senjata.
Kos plutonium di antara $4,000 (RM18,680) hingga $500,000 (RM2.45 juta) setiap gram, bergantung kepada kelas dan kualitinya. Permintaan yang tinggi menjadikan plutonium sebagai salah satu bahan yang paling mahal di dunia.
Plutonium terhasil daripada proses reaksi nuklear dengan bahan uranium diguna sebagai bahan bakarnya. Proses ini rumit dan tinggi kosnya, memerlukan peralatan khusus dan kepakaran yang jarang ada di kalangan profesional.
Sifat plutonium sebagai bahan radioaktif mempunyai risiko kesihatan yang besar, jadi proses penghasilan dan penyimpanannya dengan selamat meninggikan lagi kosnya.
3. Tritium
Tritium merupakan bahan yang boleh terhasil secara semulajadi menerusi tindak balas pancaran sinar kosmik dengan nitrogen dalam udara.
Bahan ini juga boleh terbentuk menerusi tindakbalas radioaktif hidrogen yang digunakan dalam senjata nuklear.
Kos tritium sekitar $30,000 (RM140,000) setiap gram, menjadikannya salah satu bahan paling mahal di dunia. Secara amnya, tritium sukar untuk disimpan dan diangkut kerana sifat radioaktifnya serta mempunyai jangka separuh hayat yang pendek, menjadikannya mudah lupus.
Digunakan sebagai bahan kajian dalam bidang kimia serta mampu mempunyai sifat bercahaya apabila digabung dengan fosfor, penggunaan tritium terhad tetapi penting – menyumbang kepada ketinggian kos untuk mendapatkannya.
4. Californium
Californium adalah unsur logam radioaktif yang digunakan dalam reaktor nuklear dan juga sudah diaplikasikan dalam bidang perubatan, sangat jarang ditemui kerana tidak mampu terhasil secara semulajadi.
Kekangan ini menyumbang kepada harganya yang mampu mencecah sekitar $27 juta (RM126 juta) setiap gram, menjadikannya unsur semulajadi yang paling mahal di dunia.
Hanya ada dua lokasi di dunia mampu menghasilkan bahan californium di Amerika Syarikat dan Russia, mampu menghasilkan bahan ini dengan memancarkan sinar alfa dalam bentuk helium-nuchel kepada bahan curium.
Mempunyai sifat radioaktif dan separuh hayat yang pendek sekitar 2.64 tahun, menyebabkan kaedah penyimpanan dan pengangkutan californium sangat mencabar, menyebabkan aplikasinya khusus dalam skop yang sangat kecil.
5. Antimater
Antimater merupakan antara bahan paling mengasyikkan, bagi mereka yang mengikuti bidang sains kerana sifatnya yang unik serta sangat-sangat-sangat sukar untuk diperolehi, walaupun mampu terbentuk secara semulajadi.
Antimater adalah bahan yang kekal menjadi bahan paling mahal di dunia untuk beberapa dekad, diisytiharkan bernilai sekitar $62.5 trilion (RM291 trilion) untuk setiap gram. Gram!
Antimater terdiri daripada partikel yang mempunyai cas yang sifatnya berlawanan dengan bahan-bahan lain, di mana partikel proton mempunyai cas negatif sementara elektronnya pula positif.
Apabila antimater dan sesuatu bahan lain bertembung atau berhubung, akan berlaku satu tindakbalas yang mampu membebaskan tenaga dalam kuantiti besar, menjadikan antimater sebagai sumber tenaga yang sangat berguna.
Antimater sukar dan mahal dihasilkan, hanya boleh dihasilkan dalam kuantiti sangat kecil melalui kelengkapan Larga Hadron Collider di Switzerland.
Sukar untuk disimpan dan diangkut kerana sifat yang tidak stabil, penggunaannya ketika ini adalah untuk aplikasi dalam bidang perubatan, menerusi kaedah PET atau positron emission tomography.
Kaedah ini membolehkan positron yang disuntik ke dalam badan bertindak balas dengan elektron dalam badan sebelum ‘meletup’, membebaskan tenaga dalam bentuk sinar gamma yang digunakan untuk membentuk dan menangkap visual dalam tubuh kita.
BACA:Dah macam dekat Amerika, BBNU tak kenal Tunku Abdul Rahmah undang reaksi netizen