Seorang lelaki telah membuat laporan polis terhadap beberapa pekerja sebuah hotel selepas menemui bangkai seekor lipas di dalam kopinya.
Pratik Rawat, 25, dilaporkan sedang menikmati kopi sejuk yang dihidangkan dalam gelas apabila dia menemui sesuatu yang pelik.
Selepas memeriksa, dia terkejut mendapati objek tersebut adalah bangkai lipas.
Dia kemudian menunjukkan lipas itu kepada rakannya, merakam gambar, dan melaporkannya kepada pekerja hotel.
Namun, pengurus hotel menafikan bahawa lipas tersebut datang dari kafenya, sebaliknya hanya membuang serangga itu ke dalam besen.
“Saya telah menghabiskan kira-kira 70 peratus kopi tersebut sebelum menyedari kewujudan serangga itu.
“Kejadian ngeri ini ‘menghantui’ saya sepanjang malam, menyebabkan saya terjaga dan sering muntah,” kata Pratik.
BACA: Beza usia 25 tahun, lelaki sanggup beri hantaran RM87000 dan rumah RM870000 demi cinta