Patutlah orang Amerika gemar rumah kayu? Rupanya ini sebabnya

Oleh MHDAILY

Patutlah orang Amerika gemar rumah kayu? Rupanya ini sebabnya. Pernah tak perasan kalau tengok filem atau cerita orang putih, rumah-rumah diorang ni mostly dibina dari papan,

kayu tidak kira dikawasan bandar mahupun perkampungan, yang kaya-kaya sahaja bina rumah pakai batu-bata.

Selepas tu, bila ada adengan tertentu yang pelakon berlakon di kawasan bandaraya, tahu pula mereka ini untuk duduk dalam rumah batu? Aneh kan?

Patutlah orang Amerika gemar rumah kayu? Rupanya ini sebabnya

Apa yang menyebabkan mereka ni bina struktur dari kayu kebanyakkannya?

Berbalik kepada sejarah kemasukan British di negara Amerika Syarikat pada abad ke-16 sehingga 17 yang tiba ke Amerika Utara membawa kepada pembinaan rumah didalam tempoh yang singkat.

Pengunaan kayu lebih ideal kerana pembinaan dapat dijalankan dengan cepat berbanding menggunakan batu bata atau simen, dan mampu bersedia untuk ancaman cuaca seperti salji.

Semenjak itu, rumah dari kayu menjadi sebahagian dari budaya senibina vernakular di Amerika. Malahan, boleh dilihat melalui peta dunia simpanan hutan Amerika amatlah besar, berjuta-juta ekar.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Dengan adanya rizab hutan sebegitu besar, tidak mustahillah mereka menggunakan kayu sebagai bahan untuk pembinaan rumah. Tidak seperti bata dan simen, ianya bukan bahan binaan asli di Amerika sepertimana banyak di negara Malaysia kita ini. Tidak kurang juga, dengan pembinaan rumah menggunakan kayu, rumah yang dibina boleh dibuka dan dipindah kemana sahaja pada kadar yang pantas.

Untuk beberapa daerah yang aktif gempa bumi seperti California, kayu mempunyai sifat yang fleksibel dan mampu menahan gegaran gempa berskala kecil dengan lebih elok termasuk sekali puting beliung yang kecil. Jikalau rumah mereka rosak akibat kejadian bencana ini, ianya amat murah dibaiki kerana bahan-bahan kayu ini amat murah dan mudah didapati.

Tetapi, terdapat bangunan dibina dari konkrit kerana sumber untuk konkrit banyak disitu seperti simen, batu kelikir dan pasir, namun pembinaan menggunakan konkrit adalah mahal kerana ia melibatkan buruh serta kejuruteraan yang diperlukan dan masa diambil untuk konkrit mengering. Selalunya di bangunan mengunakan konkrit dibina dibandar besar pada bangunan tinggi.

Bangunan kerajaan dan penting dibina dengan simen konkrit supaya turut mampu menahan ancaman serangan dan bencana alam lebih besar seperti angin taufan, dimana angin boleh berkelajuan 100 Km/h. Kebanyakkan struktur kayu tidak akan bertahan pada kelajuan angin seperti ini.

Perumahan dari konkrit mempunyai kelebihan dibandar besar yang padat, oleh kerana tahap kerintangan api dan kemampuan ia untuk dibina besar lagi, contohnya pembinaan rumah apartment yang tinggi.

BACA:

Najib bebas dari tuduhan pinda laporan audit 1MDB sekali ini komen Rosmah Mansor

Selalu kita baca kisah Zarina Zainuddin, ini latarbelakang suami dia bukan calang-calang rupanya