Patutlah murid ni selalu pakai jaket, rupanya selalu kena dera dengan bapa. Tindakan seorang murid tahun satu yang dilihat ‘pelik’ kerana selalu memakai jaket dalam kelas terbongkar yang dia sebenarnya menjadi mangsa dera bapa sendiri.
Kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun itu dipercayai memakai jaket untuk menyembunyikan kesan luka dan kecederaan akibat dipukul bapanya.
Bagaimanapun, guru kelas yang pelik selepas melihat muridnya itu jam 8 pagi semalam dengan kesan merah di muka memaklumkan kejadian terbabit kepada guru lain yang kemudian membuat pemeriksaan terhadap mangsa.
Menurut sumber, hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan calar di seluruh badan, luka telinga, bengkak siku dan kesan lebam serta bibir terkoyak dipercayai akibat dipukul.
Satu laporan polis dibuat berhubung kejadian itu.
“Susulan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 29 tahun yang juga bapa murid berkenaan di Jalan Jati, dekat sini jam 8 malam tadi.
“Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda untuk siasatan lanjut dan setakat ini dia mengaku memukul anaknya itu,” katanya.
Sumber berkata, polis turut merampas sebatang penyapu, rotan panjang dan senduk putih yang dipercayai digunakan ketika memukul anaknya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan juga penahan lelaki terbabit.
“Setakat ini kita masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca kejadian sehingga membuatkan suspek sanggup memukul anaknya itu.
“Siasatan awal juga mendapati bapa mangsa mendakwa anaknya itu seorang yang hiperaktif namun kita masih menjalankan siasatan mengikut t mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya.
BACA:
Ahli keluarga tawar RM150,000 siapa dapat jumpa Chong Loong
‘Beromen’ dalam kelab malam, nama Aedy Asraf dipetik
Netizen kecam signboard highway SUKE macam undang kahwin, “kos habis pergi mana?”