Sejak kebelakangan ini, kita melihat stok barangan runcit seperti minyak paket dan beras semakin sukar untuk didapati di kedai atau pasaraya.
Hal ini sekaligus menambah kegusaran orang ramai yang memerlukan barangan tersebut di dalam kehidupan seharian.
Tular satu video di platform di TikTok baru-baru ini yang mana mendedahkan kegiatan warga asing yang berkerja di pasaraya NSK menyorokkan minyak masak daripada orang awam.
Lebih teruk lagi, juruwang ini hanya menjual minyak masak paket bersubsidi kepada warga senegara mereka sahaja.
Di dalam video itu, kedengaran warga tempatan yang berada di lokasi meluahkan rasa tidak puas hati kerana mereka tidak mendapat beli sebarang minyak.
@bonsaiseller Terlalu dberi muka… #minyakgoreng #mahaldahni #wargaasingbesarkepala #madani #nsk ♬ original sound – Azman Runner
Keadaan bertambah pincang apabila terdapat seorang pelanggan berwarga Bangladesh di kaunter pembayaran yang boleh membeli minyak paket dengan jumlah yang banyak.
Susulan itu, seorang individu menghalang pelanggan warga asing itu daripada membelinya.
Turut kelihatan plastik biru yang dipercayai mengandungi minyak paket yang disorokkan pada bahagian bawah kaunter juruwang itu.
Video yang tular ini berjaya meraih jumlah tontonan setinggi 1.5 juta dan majori netizen meluahkan rasa berang terhadap tindakan pekerja asing yang sanggup berbuat sedemikian untuk kepentingan peribadi.
BACA: Mak mentua mulut puaka , isteri baru faham kenapa suami buang keluarga sendiri