Patutlah kalau burung ‘lepak’ atas kabel elektrik tak kena renjatan, kalau manusia ‘confirm’ arwah
Kebiasaannya, kita dapat lihat sekumpulan burung yang hinggap di atas wayar atau kabel elektrik yang terdapat di pelbagai tempat sama ada di kawasan bandar mahupun luar bandar.
Namun, timbul juga kerisauan dalam kalangan orang ramai yang takutkan terkena dengan tahi burung yang hinggap pada kabel elektrik yang lebih tinggi..
Ada juga yang tertanya-tanya mengapa perlu mereka berada di atas kabel tersebut hingga menyebabkan orang ramai risau akan tercemar dengan bahan buangan mereka.
Walaupun boleh memilih tempat lain seperti bumbung rumah dan pokok-pokok yang tinggi untuk hinggap, unggas ini mempunyai alasan yang tersendiri untuk berada di atas wayar elektrik.
Ambil masa untuk berehat
Burung terbang ke merata tempat untuk mencari makanan bagi kelangsungan hidup. Oleh itu, setelah menggunakan tenaga yang banyak, burung hinggap di tempat yang tinggi seperti kabel untuk berehat dan mengumpulkan kembali tenaganya.
Kedudukan kabel elektrik yang tinggi juga memudahkan burung-burung untuk hinggap kerana tidak perlu turun dengan lebih rendah untuk beristirahat.
Berikan haba panas terhadap burung
Arus elektrik yang sentiasa mengalir di dalam kabel elektrik sebenarnya dapat mengeluarkan haba yang panas.
Oleh itu, burung lebih gemar berada di atas kabel elektrik disebabkan suhu panas yang boleh diserap ke dalam badan mereka.
Disebabkan kebiasaannya mereka hinggap pada waktu pagi dan senja, suhu panas tersebut dapat membuatkan burung berasa lebih selesa.
Elak diserang oleh pemangsa
Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa burung lebih gemar hinggap di atas kabel elektrik berbanding bumbung rumah dan pokok-pokok?
Tindakan tersebut adalah disebabkan burung-burung bimbang diserang oleh pemangsanya seperti ular dan juga kucing.
Mungkin melucukan, tetapi kucing berpotensi untuk mengejar seekor burung yang hinggap di atas bumbung rumah. Selain itu, ular yang sentiasa bersedia di dahan-dahan pokok memberi ancaman terhadap burung yang hinggap di dahan pokok.
Buat perancangan awal
Kebanyakan burung akan hinggap pada kabel elektrik pada waktu pagi dan senja.
Tindakan tersebut berkemungkinan burung membuat perancangan awal untuk mencari makanan dan berhijrah ke tempat yang baru.
Pada waktu pagi, burung perlu menentukan arah tujunya untuk mencari makanan manakala pada waktu malam adalah untuk membuat perancangan untuk bermalam.
BACA: Bekas pemain bola terkenal tiba-tiba diheret ke mahkamah, puncanya buat ramai terkejut