Patutlah Kajol umum bersara dari dunia media sosial, gara-gara Ajay Devgan dedah dia tak pernah melamar Kajol punca sebenar

Oleh MHDAILY

Patutlah Kajol umum bersara dari dunia media sosial, gara-gara Ajay Devgan dedah dia tak pernah melamar Kajol punca sebenar

Aktor Bollywood Ajay Devgan menedahkan mengenai reaksi keluarganya terhadap kehadiran Kajol di rumah mereka selepas berkahwin.

Keluarga Ajay Devgan Gembira Dengan Kehadiran Kajol Dalam Keluarga Mereka

Patutlah Kajol umum bersara dari dunia media sosial, gara-gara Ajay Devgan dedah dia tak pernah melamar Kajol punca sebenar

Menurut Hindustan Times, Ajay Devgan mendedahkan bahawa keluarganya berasa gembira dengan kehadiran Kajol dalam keluarga mereka.

“Apabila saya dan Kajol berkahwin, keluarga saya sangat gembira kerana akhirnya ada orang yang bercakap dalam rumah itu. Sejujurnya dari dua orang, seseorang itu perlu bercakap. Jika kami berdua sentiasa berdiam, itu akan menjadi masalah. Jadi Kajol seorang yang banyak cakap dan saya pendiam.”-Ajay Devgan

“Kajol & Saya Sempurna Antara Satu Sama Lain”-Ajay Devgan

Suami kepada Kajol ini turut menambah bahawa dia dan Kajol adalah sangat sempurna antara satu sama lain.

“Kajol dan saya sempurna antara satu sama lain. Jangan cuba mengubah siapa diri mereka. Saya tidak tahu apa yang menarik perhatiannya terhadap saya. Sebenarnya, kami mula berbual, kemudian menjadi kawan dan akhirnya kami membuat keputusan untuk berkahwin. Kami tidak melamar antara satu sama lain. Ianya berlaku secara semula jadi.”-Ajay Devgan

Bertemu Kajol Ketika Penggambaran Hulchul

Ajay Devgan mendedahkan bahawa beliau bertemu Kajol ketika penggambaran filem Hulchul dan pada mulanya beliau tidak begitu berminat dengan Kajol yang lantang apabila bercakap, sombong, dan sangat banyak cakap.

“Saya bertemu Kajol sekali sebelum kami mula penggambaran Hulchul. Sejujurnya, saya tidak begitu berminat bertemunya kerana dia seorang yang lantang apabila bercakap, sombong, dan sangat banyak bercakap. Lebih-lebih lagi kami sangat berbeza dari segi personaliti. Tetapi saya rasa apa yang dimaksudkan berlaku, akan berlaku.”-Ajay Devgan

Ajay Devgan dan Kajol mengikat hubungan mereka pada tahun 1999 dan mempunyai dua orang anak, Nysa dan Yug. Kajol adalah anak perempuan kepada pelakon Tanuja dan pengarah, Shomu Mukherjee.

BACA:

Lionel Messi ditangkap Polis di lapangan terbang Beijing, rupanya ini yang dia buat sampai kena tahan