Cut story short: Aku dapat tahu suami aku bercinta dengan wanita lain 2 bulan selepas berkahwin.
Aku kenal dengan suami aku tak lama. Kami berkahwin selepas setahun berkenalan.
Aku bukanlah sejenis yang pandai bercinta atau senang tangkap cinta.
Perkenalan aku dengan suami aku memang dengan tujuan yang jelas iaitu ‘dating to marry.’
Sebelum kahwin hanya bertanya khabar dan keluar berjumpa sebulan 1 atau 2 kali. Suami aku pula seorang yang introvert dan bukan jenis yang pandai berbual.
Dia soft spoken dan aku senang dengan personaliti yang begitu. Dia pernah putus tunang 2 kali. Kami sama – sama di umur 30an dan beza umur suami aku 5 tahun lebih tua dari aku. Sepanjang perkenalan, dia beritahu yang memang tiada wanita lain dalam hatinya.
Aku suruh dia bawa keluarga datang merisik untuk kenal lebih lanjut tentang status dan latar belakang suami aku selepas 5 bulan berkenalan. Semua nya nampak senang dan mudah hingga kami bertunang selepas 10 bulan perkenalan dan berkahwin selepas 1 tahun.
Selepas berkahwin, aku baru belajar untuk betul – betul kenal dia. Background kami tak jauh beza. Dia ada kerjaya yang stabil dan gaji yang kukuh walaupun gaji aku lebih tinggi dari dia. Dari segi pemikiran tak jauh beza, cuma bagi aku dia lebih tend to think negatively tapi dia tak mudah nak kongsikan perspective pemikiran dia sebab dia pun sedar yang dia mudah berfikir negatif.
Communication style kami pula agak berbeza. Macam radio wavelength tak sama, aku frekuensi AM dia frekuensi FM. Jadi kami selalu juga berbalah sebab kurang comprehension. Most of the time energy kami tak match.
Bagi aku, suami aku seorang yang kurang empati dan kurang emotional intelligence. Bahasa simple kurang vibe la. Aku sedar perkara ni dari sebelum berkahwin lagi, tapi bagi aku tak penting (sebab pengalaman masa lalu yang bila aku jumpa someone yang same vibe and high emotional intelligence the feeling get too intense and aku lebih mudah terIuka).
So, sebab tu aku terima dia seadanya sebab sedar yang diri aku pun bukan lah sempurna di matanya. Back to the story lepas kahwin, dua bulan pertama mmg aku rasa kurang rapat dengan dia. Aku tak faham dia, dia tak faham aku. tapi aku rasa kami happy. Sikit – sikit kami cuba belajar untuk memahami hati dan per4ngai masing – masing.
Dua bulan kemudian, satu jumaat tu, aku rasa sangat bahagia dengan dia tapi semua tu musn4h pada keesokan harinya. Suami aku kerap outstation sebab keperluan kerjaya. Malam tu, dia baru balik dari oustation jam 12am. Aku happy je peluk dia sambut dia kat pintu gate.
Masa dia tengah mandi, ada satu panggiIan masuk. Selalunya aku tak amik kisah, actually aku tak pernah kisah nak check phone dia. Tapi terdetik dalam hati nak check malam tu. Aku pelik tengok whatsapp perempuan tu ada common group dengan tempat kerja aku.
Aku kenal seorang je kenalan suami aku yang sama tempat kerja dengan aku. Masa tu aku dah berdebar. So lepas dia mandi, aku confront dengan suami aku, dia tak ngaku. Katanya tu rakan kerja dari seremban. So, dari situ aku mula jadi detektif, summary dia, kantoi lah yang dia ada wanita lain yang dia keep on contact.
Dia janji nak delete semua tu and berubah. So that was the first time dia kantoi. Minggu seterusnya, nampak sedikit perubahan dia tapi tak lama. Kekal dalam dua minggu je macamtu, and aku start rasa balik dia suka sorang – sorang.
Selepas 2 minggu, kantoi perempuan tu call dia lagi, aku meng4muk kat hotel. Dia peIuk aku and berm4ti – m4tian tak ngaku. Dia cakap dia tak contact. So, sepanjang perjalanan 2 jam tu aku memang express dari hati ke hati kat dia.
Ingatkan dia terima la sikit kan tapi nope. Semua tu macam angin lalu je. Dia tetap contact perempuan tu. Oh lupa nak cakap, perempuan tu bini orang ya. Tapi perempuan tu ada masalah dengan suami dia. And end of that month, memang kantoi dengan bukti segala mesej – mesej cinta suami aku dengan perempuan tu. Boleh dik4takan, time ni la turning point nya.
Before tu, aku nak cerita sikit background suami aku dengan perempuan tu (based on cerita suami aku la, kalau dia tipu aku, maknanya cerita aku ni tak valid la ye). Dia kenal perempuan tu dah lama. Dari zaman kolej.
Perempuan tu setahun lebih tua dari suami aku and fasilitator masa zaman dia belajar dulu. Memang dari awal laki aku sukakan perempuan tu, tapi masa tu dia kena reject. So, dorang kawan je macam biasa. And laki aku pun jumpa tunang first dia and dorang move on.
Sepanjang tu memang ada on and off dorang contact – contact chatting – chatting tapi entah la, perhubungan dorang ni intense. Selalu gaduh and laki aku selalu kena block. Tapi laki aku ni macam tak boleh henti cari perempuan ni.
So, lepas putus tunang kali kedua, aku rasa dalam 5 tahun lepas kot, dorang start contact balik. Time tu perempuan ni dah kahwin kali pertama tapi ada masalah dalam first marriage dia and dia divorce. Suami aku nak try dia masa tu tapi kena reject lagi sampai la perempuan ni kahwin kali kedua.
And dorang masih contact on off macam biasa. Perempuan ni masih tak bagi harapan kat suami aku tapi dorang ni selalu contact each other and sharing masalah masing – masing. Aku assume dorang ni macam emotional support for each other lah gitu. Sebab masing2 takde family member yang rapat.
So, tahun lepas, lepas dia datang merisik aku, hubungan dia dengan perempuan tu m4kin rapat. Tapi sebab dia dah pernah putus tunang dua kali. Dia tak nak putus tunang lagi, dia proceed kahwin ngan aku. Alasan dia ‘perempuan tu yang suruh dia cari kawan lain, sebab taknak beri harapan’.
Status perempuan tu? Masih bini orang tapi at the verge of divorce maybe? And mereka takde anak. So, aku rasa aku ni macam mangsa kebodohan dan kepoyooan dua manusia ni lah. Masing – masing acah -acah, sorang konon – konon jual mahal.
Sorang, selfish. Last – last terkahwin dengan aku tapi masih tak boleh move on dari perempuan tu. Perempuan tu pulak katanya ‘saya bukan penyondol’ tapi tak habis – habis contact laki aku. Weh, kalau aku tau, aku memang tak la nak proceed.
Kenapa la that girl tak pert4hankan dia time tu, jumpa aku. So, aku boleh cancel. Time tu aku takde la cinta nak m4ti ke apa. Sekarang ni, sorang bini orang sorang laki orang. Lagi aku tak faham. Mana wey agama dalam diri masing – masing. Takde agama ke?
Ok, back to the time yang kantoi kali kedua. All the message, all phone recording, the timeline masa ni aku dapat tahu. Oh and laki aku memang rekod setiap perbualan dia dengan perempuan tu. Kemain manja dia. Sampai sekarang dia belum delete the phone recording. Tak move on kot.
Memang meng4muk lah aku time tu wey. Aku baru kahwin kot. Manusia mana tak mer0yan. So, time tu aku dah decide nak divorce. Aku packing barang – barang aku and tinggalkan rumah. Lantaklah dengan 40k duit yang aku dah keluar nak kahwin. Aku dah tekad. Tapi along aku brainwash aku. Dia suruh aku fikir masak – masak.
Along aku jumpa dia. Slow talk dengan dia. Bagi dia nampak keb0dohan dia. Bagitau dia yang dia buat tu haram etc. Aku pulak, aku tak amik masa yang lama nak move on dari rasa sedih tu. (sebab aku ada t0xic positivity, semua benda negatif aku tak suka acknowledge and aku akan abaikan supaya aku rasa senang hati).
Dalam masa 3 hari, aku bgtau dia, apa yang dia perlu buat untuk gain back trust aku (block the girl, stop contact, aku pegang semua password dia, aku boleh check phone dia bila – bila masa etc). And dia memang dah berubah.
Hari – hari kami solat jemaah almost semua waktu kalau kami bersama. Dia start belajar ngaji dengan aku. Memang nampak sangat dia m4kin sayang kan aku. Dia layan aku dengan sangat – sangat baik. Banyak beralah dengan aku. Selalu gak tolong aku.
Dan alhamdulillah aku mengandung tak lama lepas tu. Sebenarnya kami m4kin bahagia. Tapi aku tahu, deep down yang laki aku ni sebenarnya terIuka putus cinta. Tapi aku nak buat macam mana? Dia cintakan perempuan yang dia tak boleh miliki.
Sekarang, after few month, masalahnya ada lah sekarang. Impak nya adalah sekarang. Aku tak sembuh. Aku tr4uma. Aku rasa aku tak beri diri aku cukup masa untuk sembuh. Aku nak shortcut rasa bahagia. Now, bila dia depan mata aku okay, bila dia outstation aku asyik nangis meng4muk sorang – sorang kat rumah.
Semua kecurangan dia, mesej dia dengan perempuan tu semua flashback. Sampai aku rasa biar jela aku m4ti. Macam – macam aku text dia luahkan rasa s4kit hati aku. Walaupun dia takde buat apa – apa. Ada tr1gger sikit je, contohnya aku mimpi perempuan tu, aku akan start mer0yan. Rasa nak bercerai.
Biar la dia ada peluang dengan perempuan tu. Sedar tak sedar aku rasa aku depr3ss. Walaupun dia baik, dia dah berubah. Tapi Iuka dalam hati aku ni tak sembuh. Aku selalu att4ck dia tanpa sebab. Aku risau sebab sekarang aku tengah mengandung. Aku tak dapat kawal emosi aku.
Aku asyik rasa down and sedih. Macam counting days bila aku akan dikhi4nati lagi and bila aku akan ditinggalkan. Aku takut aku jadi h4rm pada anak dalam kandungan. Aku tak boleh nak share kat sape – sape sebab aku tak nak dorang susah hati.
And lately ni, perempuan tu macam bersungguh – sungguh nak tayang diri. Semua tempat dia nak upload gambar, telegram, instagram dah tak private. Padahal dulu dia siap block aku. Aku taktahu aku delusion ke apa. Aku rasa suami aku rindukan dia walaupun aku takde bukti.
Aku obses stalk perempuan tu. Aku nampak dia m4kin cantik m4kin happy. Aku jadi m4kin depress. Hari – hari aku rasa nak bercerai. Samada aku nak tinggalkan perkahwinan ni atau seek professional help. Suami aku tak nak berpisah.
Tapi aku tahu dia masih cinta dan rindukan perempuan tu. Ada satu malam tu, dia tak sihat, dia mengigau dan sebut – sebut nama perempuan tu. Sebagai seorang isteri yang dipeIuk malam nak tidur, tapi dia sebut nama perempuan lain apa yang akan kau rasa?
The best step is aku minta cerai dan bawa diri. Aku bukan tak boleh hidup sendiri. Aku bekerjaya. Independant, tapi aku tengah mengandung. Tiada peluang kah untuk anak aku dapatkan kasih sayang bapa dia? Benda tu je sekarang yang aku fikirkan kalau aku bercerai.
Macam aku tak bagi peluang kat anak aku. Macam aku akan r4mpas kasih sayang yang patut anak aku dapat. Sumpah s4kit betrayal tr4uma ni, tak mudah nak sembuh. – Anonymous (Bukan nama sebenar)
BACA: Akibat serangan angin ahmar, gitaris kumpulan Spider meninggal dunia