Suami setuju melepaskan aku. Tetapi dengan syarat yang kejam. Syarat dia, aku tidak boleh menuntut segala hak aku selepas bercerai iaitu iddah
mutaah, hak penjagaan anak, hutang, tempat tinggal, nafkah. Dia bawa lari anak-anak rumah mak bapak dia.
Terima kasih bagi yang sudi membaca.. Perkahwinan yang dibina memasuki usia 7 tahun dengan dikurniakan 3 orang cahaya mata perempuan
Percaya dengan bercinta selepas nikah adalah baik dan menjamin kebahagian.
Hasil perkenalan daripada seorang guru yang aku anggap bapa angkat aku. Tetapi apa-apa berlaku itu takdir, aku tidak menyalahkan sesiapa. Baru sekarang aku berani buka mulut kerana tahap kesabaran aku sudah sampai maksimum.
Awal perkahwinan kami duduk berjauhan kerana aku belum dapat pindah tempat kerja. Dalam tempoh ini kami bergilir untuk berjumpa. Minggu aku cuti, aku akan balik ke rumah suami biasanya 2 minggu sekali. Dia akan balik jumpa aku pada minggu aku tidak dapat cuti sabtu ahad sebab aku kerja syif.
Selepas bersalin anak pertama baru dapat pindah duduk sebumbung tetapi di rumah mertua. Setahun lebih aku tinggal dengan mertua. Mertua memang sangat baik layan aku macam anak sendiri. Tetapi layanan suami tidak macam suami. Dia banyak melayan mak dia sahaja.
Ya.. memang aku jarang masak di rumah mertua kerana mertua yang hendak masak. Aku akur. Bila dah sebumbung baru aku tahu perangai suami yang mana selalu keluar malam sampai lewat pagi. Walaupun dia kata ada dekat sahaja dan di depan rumah tetapi di mana tanggungjawab dia kepada anak bini.
Bila dah balik dia akan ke bilik lain atau depan tv untuk tidur sampai lah ke pagi dan tegak matahari. Sampai lah suatu hari pak mertua tanya mana dia sebab anak nangis tapi tak ada yang bantu aku. Aku hanya jawab dia dah m4ti. Sedangkan dia tidur di bilik. Mak pak tak pernah tegur dia. Aku hanya diam.
Dia akan datang cari aku bila dia nak puaskan nafsu dia sahaja dan tinggalkan aku semula dalam bilik bersama anak. Aku hanya seperti perempuan simpanan. Aku nangis sorang-sorang. Adakah ini cara rumahtangga sebenarnya. Aku diam.
Dia kerap marah bila dengar anak menangis. Pada fikiran aku masa kecik agaknya dia tidak pernah menangis. Dia pernah sahaja balik apa yang ada depan dia sehingga kena pada anak. Dalam kepercayaan kepada dia, aku pernah bagi kad bank pada dia. Katanya nak bayar saman RM300.
Tetapi bila aku cek online duit aku lebih daripada ni hilang sampai aku call bank di mana transaksi berlaku. Ternyata memang dia perlaku. Dia pulangkan tanpa kata apa-apa. Aku diam. Sehingga sekarang saman tu tidak berbayar pun sebenarnya.
Aku suruh dia cari rumah tetapi dia kata rumah mertua tu akan jadi milik dia sebab adik beradik bagi pada dia sedangkan tiada hitam putih pun. Tidak lama kami beli rumah perkongsian bersama setelah aku bagi syarat ada anak no 2 beli atau sewa rumah.
Kehidupan aku bila ada rumah sendiri tidak seperti rumahku syurgaku. Dia ada bilik sendiri. Aku syak dia tengok bapak dia bilik asing-asing dengan mak dia. Aku diamkan. Dia jarang tolong aku mengurus anak-anak masa mereka kecil.
Dia selalu tidur sahaja bila waktu lapang. Dia kerap marah-marah bila anak kecil bermain, mainan sepah-sepah. Dia juga pernah kata bising la duduk rumah. Dan aku jawab. PergiIah duduk hutan sana. Dia tepis kipas dan berterabur.
Sejak itu aku bisukan mulut dan pekakkan telinga kalau dia marah. Dia juga akan marah dan kata pukim4k, s3tan, b0doh bila cari benda yang tak jumpa. Sepertinya marah aku. Sampailah sekarang ada anak no 3. Ingatkan dia berubah jadi lebih matang. Tidakkkkk… Salah! Anak no 3 langsung taknak dengan dia dan dijaga aku sepenuhnya.
Aku s4kit buasir 2 minggu, dia boleh pergi rumah mak pak dia untuk buka puasa bawa anak 2 orang dan bila malam biarkan aku tidur bersama anak no 3 sahaja. Dia tidur di luar dengan 2 orang anak. Dia anggap mak pak adik beradik dia keluarga tetapi bila mak adik beradik aku orang luar.
Hanya tanya bila balik kampung, dia mula marah dan kata aku lebihkan keluarga aku sedangkan aku hari-hari pergi rumah mak pak dia ambil anak dan tunggu sehingga 10 malam. Tunggu dia datang makan rumah mak pak dia.
Kadang-kadang aku terp4ksa balik dulu sebab anak kecil dah mengantuk. Aku banyak habiskan masa aku dekat rumah mak pak dia sahaja. Aku tiada giliran beraya sebab terik4t dengan pak mertua nak ambil gambar pada hari raya pertama. Aku turutkan 7 tahun ni.
Walaupun selepas zohor akan balik kampung aku dan cuti lama sikit di kampung tetapi aku juga hendak rasa berpuasa dan balik kampung awal. Tahun lepas aku minta balik kampung aku dahulu setelah 2 tahun pkp tidak balik beraya.
Aku dah bincang dengan dia, tetapi dia kata aku membelangkan dia dan aibkan dia. Bila mana pada hari ke 2 raya dia buat muka dan tak makan. Mak aku hanya kata kalau merajuk-rajuk lepas ni tak payah balik. Dia sentap. Terus suruh balik esok tengahari.
Bila sampai di rumah mak pak dia, aku kata ingatkan balik rumah. Dia terus marah campak kunci dan cakap aku bukan kuIi macam kau. Aku diamkan dari keluarga dia buat macam takde apa berlaku. Beberapa bulan dah berlalu, rupanya masih simpan.
Dia cuma akan hantar aku balik kampung dan dia balik semula ke rumah atau ke rumah kakak dia. Perg4duhan berlaku apabila aku tolak untuk bersama kerana badan aku flat waktu itu. Hampir sebulan setengah aku dimusuhi.
Aku cuba minta maaf tetapi tidak dibalas dalam whatsap. Sehinggalah suatu hari dia tertinggal telefon. Aku cek kenapa tidak baIas. Dia letak nama aku puaka dengan whatsap aku gambar anak-anak sampai hati dia letak nama tu.
Aku ajak bincang, dia mengelak dalam bilik air dan kata fikir sendiri. Dan nak keadaan macam ni sampai bila-bila. Aku bincang lagi dalam whatsap tanya macam mana nak layan dia. Dia jawab kalau cara dah salah semua salah. Banyak mana pun kau minta maaf aku tak maafkan.
Sampailah dia whatsap “carilah yang lebih baik, alim. Apa-apa mula dahulu. Dah tak boleh hadap. Aku nekad failkan kes di mahkamah setelah minta petunjuk dari Allah. Bila dia tahu aku buka fail, baru dia nak berbincang dan suruh aku tarik balik kes.
Aku dah suruh dia berubah dan dia kata ambil masa. Dalam masa itu Allah tunjukkan pada aku rupanya dia melayan perempuan yang hampir 2 tahun berhubungan. Dan aku jumpa gambar Iucah. Hati bini mana tak tawar bila jadi macam ni.
Patutlah dia selalu datang lambat nak pergi rumah mak pak dia tiap hari rupanya melayan perempuan dalam whatsap. Dia biarkan aku uruskan anak-anak sendiri. Dia banyak menghabiskan masa dalam bilik sendiri. Dan dia terlibat dengan bitc0in.
Bila-bila banyak tertunggak sehingga kena p0tong. Aku tak sangka dia macam ni. Ke mana duit dia. Dia tak ada bagi aku sedikit pun duit belanja. Aku menggunakan duit aku sendiri sebab aku bekerja. Sehingga sekarang kes mahkamah masih berjalan sebab dia taknak lepaskan aku.
Dia cuma nak anak-anak. Aku dibiarkan sahaja. Dan sekarang dia menjarakkan 2 orang anak aku daripada aku. Baru aku tahu dia seorang yang nars1stik sebenarnya. Bila tidak dapat manipulasi aku, dia jadi lagi marah. Dia juga manipulasi keluarga dia dan anak-anak aku. – Ija (Bukan nama sebenar)
Sambungan.. Sambungan dari kisah Kerana Diam sebelum ini lagi menguatkan semangat aku untuk teruskan kehidupan tanpa seorang suami. Aku minta diceraikan kerana sudah tidak tahan lagi dengan perangai suami yang suka mengani4ya aku.
Dari bulan September turun naik mahkamah. Dia tidak mahu melepaskan aku. Ya memang dia ada pujuk aku tapi hati aku dah m4ti. Dalam pada pujuk pun dia siap menuduh aku ada orang ke 3 sedangkan dia yang berhuhahuha dengan orang ke 3.
Proses mahkamah aku sampai ke hakam keluarga tetapi belum sempat wakil keluarga aku dipanggil dia setuju melepaskan aku. Tetapi dengan syarat yang kejam. Syarat dia, aku tidak boleh menuntut segala hak aku selepas bercerai iaitu iddah, mutaah, hak penjagaan anak, hutang, tempat tinggal, nafkah.
Aku juga tidak boleh menjual rumah yang dibeli bersama dengan alasan dia nak tinggal di rumah itu menjaga anak-anak. Kenapa dia begitu kejam? Dengan spontan aku menyatakan tidak menuntut iddah dan mutaah. Bab anak minta maaf memang aku tidak setuju di bawah jagaan dia.
Akhirnya pada 21.2.2023 aku diceraikan. Selepas bercerai dia bawa 2 orang anak ke rumah mak dia. Aku hanya bawa anak kecil. Selepas seminggu tidak berjumpa aku cuba whatsapp ayah dia untuk pinjam anak-anak aku.
Tetapi whatsapp aku tidak diendahkan. Sampailah hari anak aku ada temujanji di kIinik pedi4trik doktor telefon aku untuk tahu perkembangan kesihatan anak yang dibawa oleh atuknya. Rupanya bekas suami berada di sabah pada minggu aku minta untuk ambil anak-anak.
Lalu aku minta pada atuk budak-budak ini untuk ambil mereka petang hari. Balik kerja aku ambil anak-anak di rumah bekas mertua. Tiada orang tuanya di kawasan rumah, mereka di dalam bilik air dan di bilik. Aku ketuk bagi salam tidak bersahut.
Aku panggil anak aku, dia jawab dan nangis nak keluar dari rumah itu. Kelihatan anak sulung ketakutan. Bila disuruh ambil beg asma yang tertinggal di dalam pun dia tidak mahu. Aku terus hantar anak-anak balik ke kampung.
Bila ditanya-tanya mereka menyatakan selalu kena marah dengan keluarga beIah pihak ayahnya termasuk ayahnya. Dengan nekad aku pindahkan sekolah anak-anak di kampung dengan alasan anak-anak tr4uma tidak mahu balik ke rumah ayahnya.
Bukan aku tak nak berbincang tetapi bekas suami pun block whatsapp dan bekas bapa mertua tidak respon whatsapp. Bila nak masuk sekolah bekas suami mendapati anaknya tidak bersekolah di tempat lama. Lalu terus mula whatsapp dan telefon aku banyak kali. Mengganggu aku di tempat kerja dengan alasan mahu berbincang.
Gangguan demi gangguan aku dapat kerana dia nak jumpa anak. Bukan aku tak bagi tapi sebab anak nak masuk sekolah aku kuatir dia bawa lari. Bila di video call whatsapp pun anak-anak tu menangis meraung tak nak tengok dan bercakap dengan ayahnya.
Tiap minggu ada gangguan dari keluarga beIah bekas suami. Bekas suami datang dengan bawa ayahnya pada minggu pertama dan menuduh keluarga aku t0rture anak-anak. Menyirap aku dengar dia kata macam tu. Minggu kedua bawa ayah dan emaknya. Minggu ke 3 bawa kakak dia pula.
Bukan main lancang mulut kakak dia menuduh keluarga kami simpan anak-anak ni. Aku siap diugvt kakaknya nak datang rumah, tempat kerja untuk tahu di mana anak-anak bersekolah. Akhirnya pada 11 april 2023 hak jagaan anak jatuh pada aku.
Aku bukan lah orang yang jahat seperti dia. Aku bagi dia hak bermalam, hak melawat, hak beraya, hak semasa cuti sekolah anak. Maka akan bermula la episod aku sendirian untuk beberapa hari tanpa anak-anak. Doakan aku kuat semangat dengan kehidupan yang aku pilih ini. – Ija (Bukan nama sebenar)
BACA: Rezeki turun dari langit, pesara guru menang cabutan BSN SSP RM1 juta!
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio