Musim banjir sering kali membawa cabaran besar, termasuk risiko kereta tenggelam dalam air.
Ramai mungkin tidak sempat menyelamatkan kenderaan kerana air naik dengan pantas,
Menyebabkan kerugian dan kerosakan yang membebankan.
Namun, adakah kereta yang sudah tenggelam masih boleh diselamatkan? Jawapannya adalah ya,jika tindakan yang betul diambil.
Berikut adalah 5 tip yang dikongsikan oleh pengguna TikTok, James Yip, untuk membantu anda mengurangkan kerosakan pada kereta akibat banjir.
1. Jangan Hidupkan Enjin Kereta
– Elakkan menghidupkan kereta sama ada semasa kereta ditenggelami atau selepas air surut.
– Hidupkan enjin boleh meningkatkan risiko litar pintas, terutama pada Unit Kawalan Elektronik (ECU).
– Sebaiknya, tunda kereta anda ke bengkel untuk pemeriksaan lanjut.
2. Periksa Paras Minyak Enjin dan Kotak Gear
– Jika paras minyak terlalu tinggi, ini menunjukkan air telah masuk ke dalam enjin.
– Tindakan yang perlu diambil:
– Keluarkan minyak enjin, minyak gear, minyak stereng, dan bahan pendingin (radiator coolant).
– Gantikan semua minyak dan bahan pendingin dengan yang baharu.
3. Kosongkan Tangki Minyak
– Tangki minyak kereta berada di kedudukan rendah, jadi air banjir mudah masuk ke dalamnya.
– Keluarkan semua minyak petrol atau diesel yang ada dan gantikan dengan minyak baru untuk mengelakkan kerosakan pada sistem bahan api.
4. Cabut dan Keringkan Komponen Elektronik
– Komponen elektronik seperti ECU, radio, paparan HUD, dan sistem infotainment perlu dicabut dan dikeringkan sebelum digunakan semula.
– Sama seperti alat elektronik lain, proses ini penting untuk memulihkan fungsi komponen.
5. Keluarkan Air dari Bahagian Dalam Kereta
– Air banjir yang memasuki bahagian dalam kereta perlu dibuang segera untuk mengelakkan kerosakan pada permaidani, tempat duduk, dan sistem dalaman lain.
Tip Tambahan:
– Sentiasa letakkan kereta di tempat yang tinggi untuk mengurangkan risiko tenggelam semasa banjir.
– Periksa keadaan cuaca dan kawasan sekitar sebelum memarkir kereta anda.
Dengan langkah-langkah ini, anda berpeluang untuk menyelamatkan kereta daripada rosak teruk akibat banjir.
Semoga bermanfaat!
BACA: Tak perlu tangguh SPM STPM, KPM punyai cara tangani isu pelajar terkesan banjir