Singapura kini berada di tempat teratas dengan pasport paling berkuasa di dunia kerana membolehkan
Pemegangnya melancong ke 195 negara tanpa perlu mendapatkan visa terlebih dahulu.
Melalui laporan Harian Metro,pemegang pasport Singapura menikmati fleksibiliti paling banyak
untuk melancong ke pelbagai negara berikutan keupayaan untuk memasuki 195 negara tanpa visa.
Sebelum ini, kedudukan pertama dipegang oleh Jepun, tetapi kini Jepun jatuh ke tempat kedua
Bersama Perancis, Jerman, Itali, dan Sepanyol, di mana negara-negara ini mempunyai akses ke 194 negara tanpa visa.
Senarai ini adalah sebahagian daripada negara-negara yang mempunyai pasport paling berkuasa,
berdasarkan bilangan pilihan perjalanan tanpa visa, seperti yang dinyatakan dalam Indeks Pasport Henley 2024.
BACA: Sebak melihat dua budak gembira makan durian ‘Reject’, siap kira duit sebelum beli