Pasangan warga emas berputih mata, barang antik bernilai RM20 juta dijual dengan harga RM745

Oleh SURIANI HAMDAN

Sepasang suami isteri di Perancis menyaman seorang peniaga barangan antik selepas dia membeli topeng Afrika

Daripada mereka pada harga €150 (RM745), namun kemudian menjualnya kembali pada harga €4.2 juta (RM20.76 juta), lapor laman berita Insider.

Pasangan berusia 81 dan 88 tahun yang identiti mereka tidak didedahkan itu dikatakan sedang membersihkan rumah sekitar tahun 2021 apabila terjumpa topeng tersebut.

Pasangan warga emas berputih mata, barang antik bernilai RM20 juta dijual dengan harga RM745

Menurut rekod mahkamah, suami isteri itu kemudian pergi menemui seorang peniaga barangan antik tempatan untuk menjual objek berkenaan sebelum kedua-dua pihak bersetuju untuk urus niaga berharga €150 (RM745).

Peguam pasangan itu berkata, anak guamnya tersilap percaya bahawa topeng kayu itu tidak bernilai, lapor akhbar Le Monde. Namun sebenarnya, topeng tersebut merupakan karya seni berharga dari Afrika pada abad ke-19.

Ia merupakan topeng Ngil yang digunakan dalam ritual oleh etnik Fang di Gabon, dengan hanya beberapa buah yang wujud di dunia.

Berasa tertipu dengan urus niaga tersebut, pasangan itu kini menyaman defendan sebanyak €5.21 juta (RM25.92 juta) kerana menyembunyikan maklumat bahawa topeng tersebut sebenarnya bernilai tinggi.

BACA: Kegagalan agensi risikan jadi punca kekalahan paling besar dalam sejarah Israel