Pasangan suami isteri minum racun bunuh diri

Pasangan suami isteri minum racun bunuh diri

Sepasang suami isteri ditemui mati dipercayai membunuh diri dengan minum racun di rumah mereka, di Taman BPL, Luyang, dekat sini, malam tadi.

Mayat pasangan berusia 46 dan 37 tahun itu ditemui kira-kira 9.10 malam, selepas jiran membuat laporan polis akibat terhidu bau busuk dari rumah terbabit.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Habibi Majinji berkata, pasangan itu dipercayai meninggal dunia beberapa hari lalu berdasarkan keadaan mayat mereka.

Katanya, polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat, namun rumah mangsa berkunci.

“Pegawai penyiasat kemudiannya terpaksa mendapatkan bantuan pasukan bomba untuk memecahkan pintu rumah mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati tiada unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kematian pasangan itu.

“Pemeriksaan lanjut juga menemui sejenis cecair racun berhampiran pasangan terbabit yang dipercayai diminum oleh mereka.

“Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut, namun siasatan lanjut masih diteruskan.”

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/12/19/suami-isteri-disyaki-minum-racun-bunuh-diri/

COMMENTS