PAS lenyap daripada lapangan politik selepas PRU-15

PAS lenyap daripada lapangan politik selepas PRU-15

Kesian tengok pas. Pasca PRU15, ada kemungkinan hilang semua negeri. Pemimpin mereka tak sedar, kuasa yang mereka dapat sebenar satu fitnah dan ujian Allah ke atas parti dan kepimpinan ulama mereka. Kejatuhan parti mereka disebabkan alasan agama dan kesombongan.

Apalagi alasan untuk mereka ambil undi Melayu Islam. Undi bukan Islam jangan haraplah. Dulu boleh kafirkan Umno. Skrg Umno dah tak boleh dikafirkan, nak kata membangunkan dengan Islam. Yang kita nampak tak bangun apa pun.

Pemimpin Pas tak perform

Apa yang rakyat nampak adalah pemimpin Pas tak perform di federal dan salah guna kuasa. Mereka langgar undang-undang, dia ubah undang-undang macam cerita Musang Berjanggut. Rakyat kena saman mereka menteri pas lepas bebas.

MB mereka pulak terkenal dengan MB angkasa lepas dan negeri Kedah pula dah mula diiktiraf sebagai negeri paling kaya di dunia selepas wakanda. Ditambah dengan kesombongan berganda di Kelantan.

Desakan rakyat dipandang sebelah mata. Rakyat susah YB mereka naik gaji. Sepatutnya jumlah wang bukan diagihkan melalui gaji YB tapi melalui dasar prihatin rakyat.

Pas pelahap seorang

Di Terengganu orang Umno tak nak bekerjasama dengan Pas kerana pelahap kuasa sehinggakan jawatan ketua kampung Pas tak bagi kepada Umno. Muafakat apa?

Di Kelantan, Pas dilihat liabiliti kepada Umno kalau bekerjasama disebabkan isu Mercedes dan naik gaji masa Covid. Di Kedah, orang Pas malu nak mengaku ahli sebab MB mereka orang angkasa lepas. Bodoh tak boleh kongsi.

Di Kedah MB mereka dikatakan mendesak parti kalangan mat kulup tak basuh (label yang diberi oleh orang Pas dalam penulisan mereka ketika ini selepas Pas hilang kuasa di Perak) MIC perlu diharamkan. Di Perak, orang Umno mula digelar khianat selepas berita Umno nak berkerjasama dengan mat kulup tak basuh selepas kerajaan PN tumbang.

Padahal, mat kulup tu merupakan 48 peratus dari penduduk Perak. Punyalah sombong, mat kulup tu kalau dapat hidayah, lebih hebat dan baik dari orang Pas. Contoh, Ebit Lew apa dia tak buat kepada rakyat Malaysia. Islam dia tak pernah kata apa-apa kepada orang yang tak setuju dengan dia.

Tegur sikit jadi kafir

Buat politik sombong macam ni, masuk dalam gua la. Tegur sikit kafir. Agama tu modal bukan satu kemuliaan. Mereka jadikan agama satu alat untuk kuasa bukan untuk manfaat rakyat.

Dulu heboh hudud, dah takdir Allah bagi kuasa senyap Padang Merbuk (tapak demo RUU 355). Berapa banyak yang telah dikafirkan dengan hukum hudud? Depa buat macam Islam milik depa.

Komen saya Islam tak berkembang di Malaysia bukan sebab hidayah tak sampai tapi disebabkan wujud setengah golongan wahabi dalam Pas yang mudah mengkafirkan kalangan umat seagama.

Peristiwa politik Perak boleh merubah landskap politik dengan wujudnya kerajaan tanpa pembangkang di Malaysia. Kalau Umno boleh bentuk kerajaan dengan PH. Pas dan PBMM mungkin tak menang satu kerusi pun.

Cuma Umno perlu kembali semula kepada landasan parti untuk maslahat orang Melayu dan Islam. PH terutama DAP perlu belajar mengiktiraf menghormati orang Melayu sebagai puak majoriti dan orang asal dalam negara.

Kalau itu diterima, isu politik kita boleh benam dalam tanah. Dan negara mula membincangkan kemajuan negara dan masa depan generasi muda kita. Barulah orang kata politik. Bermain politik untuk berlumba-lumba membangunkan negara.

Berita penuh : http://suarapakatandaily.com/archives/30861