Parodi guna lagu puja pemimpin GISBH dalam radar pemantauan MCMC ramai tak perasan

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang giat memantau kandungan media sosial

Ada yang membabitkan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), termasuk video lagu yang ditularkan dan dijadikan parodi oleh segelintir pengguna.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, berkata pihaknya akan bekerjasama

dengan agensi yang bertanggungjawab menyiasat kumpulan tersebut jika terdapat permintaan.

“Antara tindakan yang boleh diambil adalah menurunkan hantaran parodi tersebut.

Parodi guna lagu puja pemimpin GISBH dalam radar pemantauan MCMC ramai tak perasan

Pada masa yang sama, kami meminta orang ramai untuk mendengar nasihat pihak berkuasa seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), polis, dan lain-lain.

“Jika kami menerima laporan mengenai perkara itu, kami akan mengambil tindakan,” katanya selepas melawat Tapak Infrastruktur Komunikasi JENDELA fasa satu di Felda Inas hari ini.

Beliau mengulas mengenai tindakan segelintir netizen yang menjadikan isu melibatkan GISBH sebagai bahan parodi atau jenaka di pelbagai platform media sosial pada masa ini.

Baru-baru ini, lagu nyanyian ahli kumpulan terbabit, termasuk melibatkan pengasas Al-Arqam, tular di media sosial sehingga menarik perhatian masyarakat.