“Parking merata lagi, kan dah mendapat!”

Oleh MHDAILY

“Parking merata lagi, kan dah mendapat!”Antara masalah yang sering dihadapi oleh pemandu-pemandu kenderaan adalah ketiadaan tempat letak kereta di tempat-tempat yang sesak dan popular.

Namun itu bukan alasan untuk kita meletakkan kenderaan sesuka hati dan di mana-mana tempat.

Kenderaan kita mungkin mengganggu atau menghalang aktiviti dan keselesaan orang lain.

"Parking merata lagi, kan dah mendapat!"

Dalam video klip ini menunjukkan di mana sebuah kereta yang meletakkan kenderaan nya di laluan kecemasan hingga menyebabkan seorang pekerja pembersihan di timur China berasa bengang. Kereta itu telah menghalangnya melakukan pekerjaan dan beliau pula tidak boleh pulang sekira kerjanya belum habis.

Kata seorang pekerja pembersihan itu:

“Perbuatannya menyusahkan saya bekerja dan saya tidak boleh pulang selagi kerja tidak siap, tetapi bagaimana jika keretanya ditinggalkan disini?”

Lihat klip durasi pendek dibawah:

Selain itu, beliau juga sudah menghubungi pemilik kenderaan tersebut dan akhirnya selepas menunggu beberapa jam, beliau mulai hilang sabar. Tindakan seorang pekerja ini telah mendapat sambutan orang ramai yang memberi sokongan, dan memberi pengajaran kepada pemandu-pemandu yang tidak mengikut undang-undang.

BACA:

‘Besarnya tikus!’, pelanggan pasaraya terkemuka terkejut tikus sebesar kucing celah sayur

Ditanya kenapa tak pakai baju PJ, nak menangis cikgu dengar budak ni jawab