Paris Hilton didakwa pernah suntik botoks, ini jawapan tuan badan mengejutkan

Oleh ABD RAZAK SALLEH

SELEBRITI terkenal Paris Hilton menafikan dakwaan pernah menjalani pembedahan plastik atau mengambil suntikan botoks untuk mengekalkan kecantikan wajahnya.

Paris, atau nama penuhnya Paris Whitney Hilton, yang kini berusia 43 tahun, menegaskan bahawa

kecantikan yang dimilikinya adalah semula jadi, hasil penjagaan rapi sejak usia remaja.

“Saya sangat bangga dengan kecantikan semula jadi saya. Saya tidak pernah mengambil botoks,

apatah lagi menjalani pembedahan plastik,” katanya dalam temu bual bersama Zach Sang Show yang disiarkan Jumaat lalu.

Paris Hilton didakwa pernah suntik botoks, ini jawapan tuan badan mengejutkan

Paris juga mendedahkan bahawa sejak kecil, ibunya, Kathy Hilton, sering menasihatinya untuk mengelakkan sinaran matahari. Nasihat itu, bersama rutin penjagaan kulit yang ketat, terus diamalkan sehingga kini.

“Saya banyak mengikut rutin yang diamalkan oleh ibu saya. Beliau selalu melarang saya berjemur di bawah sinar matahari,” jelas Paris, yang kini merupakan ibu kepada dua anak.

Menariknya, Paris memiliki spa peribadi di rumahnya, dikenali sebagai Sliving Spa, yang dilengkapi teknologi canggih untuk rawatan wajah. Spa ini membolehkan Paris dan keluarganya menikmati rawatan kecantikan profesional pada bila-bila masa.

Untuk rekod, Paris berkahwin dengan Carter Reum pada November 2021. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Phoenix Barron, 2 tahun, dan London Marilyn, yang baru sahaja menyambut ulang tahun pertama.

BACA: Netizen bongkar kisah Fazley dan Azrene selepas cerai