Papar wajah Hadi Awang dalam ‘slide’ khutbah Jumaat, 4 pegawai JAIM ditukar dan dipecat

Oleh MHDAILY

JAIM mengambil tindakan tatatertib terhadap empat pegawainya berkenaan penggunaan gambar

pemimpin politik dalam paparan infografik slaid khutbah Jumaat di masjid-masjid negeri itu pada minggu lepas.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman, menyatakan bahawa

Pihaknya telah menyiasat perkara ini dan mendapati ia memang berlaku, di mana mereka yang terlibat mengakui kesilapan tersebut.

“Mereka adalah kakitangan Bahagian Pengurusan Masjid yang bertanggungjawab dalam penyediaan slaid itu..

Papar wajah Hadi Awang dalam 'slide' khutbah Jumaat, 4 pegawai JAIM ditukar dan dipecat

Kami telah mengambil tindakan tegas, di mana ada di antara mereka yang telah diberhentikan dan ada juga yang ditukarkan ke bahagian serta daerah lain.

“Ia adalah satu kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku, dan JAIM memohon maaf atas kekhilafan tersebut serta akan memastikan perkara seperti ini tidak berulang pada masa hadapan,”

katanya kepada pemberita semasa menghadiri Majlis Perasmian Sekolah Rendah Agama JAIM Al-Qusyairi Kampung Tersusun Bukit Larang, Telok Mas, yang disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam.

Infografik khutbah bertajuk ‘Negaraku, Tanah Airku’ pada 20 September lepas, yang disediakan oleh Bahagian Pengurusan Masjid JAIM

Bersempena Sambutan Hari Malaysia, memaparkan wajah Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, dan telah mencetuskan perdebatan hangat.

BACA: Guru sekolah rendah ditangkap khalwat dengan guru lelaki didalam kereta