“Sebelum kejadian, mangsa, Mohd Daynail Haikal Alias, bersama seorang rakannya pergi ke kebun pisang dan kelapa untuk memancing,
yang terletak kira-kira tiga kilometer dari rumahnya. Mangsa ditemui memakan biskut yang telah dicampur racun oleh pemilik kebun untuk membunuh kera yang diikat di kebun tersebut,”
Seorang remaja berusia 13 tahun mengalami detik cemas selepas nyaris maut dipercayai termakan biskut yang dicampur racun di Kampung Dadong, Kemaman, Jumaat lalu, lapor RTM.
Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan, beliau mengesahkan kejadian tersebut selepas menerima laporan pada jam 4 petang.
Remaja tersebut telah dikejarkan ke klinik kesihatan sebelum dirujuk ke Unit Kecemasan Hospital Kemaman (HK) selepas pengsan sekitar pukul 1.45 petang.
“Sebelum kejadian, mangsa, Mohd Daynail Haikal Alias, bersama seorang rakannya pergi ke kebun pisang dan kelapa untuk memancing, yang terletak kira-kira tiga kilometer dari rumahnya.
Mangsa ditemui memakan biskut yang telah dicampur racun oleh pemilik kebun untuk membunuh kera yang diikat di kebun tersebut,” jelasnya dalam satu kenyataan.
Bapa mangsa, Alias Saras, berkata beliau mengetahui kejadian itu selepas isterinya, Roslina Ahmad, memaklumkannya. Alias, 57 tahun, menyatakan bahawa anaknya secara tiba-tiba pengsan dan mulutnya berbuih setelah memakan biskut dari kebun berkenaan.
“Melihat kejadian itu, bapa kepada rakan anaknya segera membawa Mohd Daynail ke klinik kesihatan berdekatan untuk mendapatkan rawatan. Namun, Alias bersyukur kerana anaknya kini sudah mulai pulih setelah menerima rawatan di hospital,” tambahnya.
Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Mangsa Kedua Kes Keropok Beracun, Luth Syauqi Meninggal Dunia
Sebelum ini, media melaporkan bahawa dua mangsa dalam kejadian berasingan berada dalam keadaan kritikal selepas memakan keropok yang dipercayai dicampur racun tikus.
Keropok tersebut disangkut di pagar dawai besi kebun berdekatan kediaman mereka, dipercayai untuk menghalau haiwan liar yang mengganggu tanaman jiran.
Abangnya, Muhammad Akil Syauqi, 3, telah disahkan meninggal dunia pada 8.30 pagi, Rabu. Manakala, Muhammad Luth Syauqi, 2, menghembuskan nafas terakhir pada 1.20 tengah hari Jumaat.
BACA: Sophia Albarakbah dedah pernah dicurangi bekas teman lelaki tapi akhirnya