Panas !!! Zuraida mohon batal saman RM10 juta keatasnya kerana lompat parti

Oleh MHDAILY

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin mendakwa saman yang dikemukakan PKR ke atasnya bersifat “dendam” selepas dia meninggalkan parti berkenaan.

Dalam hujah yang dikemukakan kepada mahkamah untuk membatalkan saman tersebut Zuraida juga berkata perlembagaan PKR sendiri memberi kebebasan kepada ahlinya untuk meletakkan jawatan tanpa menyatakan sebarang kewajiban mengenai penalti berbentuk pampasan atau balasan.

“Tindakan undang-undang terhadap defendan di sini adalah jelas merupakan satu kempen dendam PKR dan/atau Presiden PKR (Anwar Ibrahim) yang bertujuan untuk menghukum dan/atau mendenda defendan kerana telah keluar PKR sekali gus menggunakan prosiding melalui mahkamah sebagai peluang untuk mendapatkan pengkayaan tidak patut demi memenuhi atau menjamin dana politik PKR secara tidak sah,” katanya.

Baca Artikel Penuh