Panas !!! Wujud dakwaan pertembungan ‘geng publika’ dan ‘geng ustaz’ dalam Pas

Panas !!! Wujud dakwaan pertembungan ‘geng publika’ dan ‘geng ustaz’ dalam Pas

PAS menolak dakwaan kononya parti itu berdepan perpecahan susulan kewujudan dua kumpulan dalam parti Islam itu yang dikenali sebagai “geng Publika” dan “geng Ustaz”.

Ketua Penerangan PAS, Kamaruzaman Mohamad membuat penafian itu selain berkata, beliau tidak mengetahui pihak mana yang cuba mencetuskan khabar angin itu sedangkan pucuk pimpinan parti berada dalam keadaan tenang tanpa sebarang pergolakan.

“Kami dalam PAS tenang sahaja,”katanya kepada FMT ketika diminta mengulas laporan yang tular di media sosial kononnya PAS berpecah kepada dua kumpulan.

Perpecahan itu kononnya merujuk kepada dua kumpulan dalam PAS, iaitu “geng Publika” yang merupakan kumpulan pro-PBM dan “geng Ustaz” yang memihak kepada Umno dan dikatakan cuba menukar presiden parti itu, Abdul Hadi Awang.

Sementara itu Setiausaha PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir ketika dihubungi menyifatkan pihak yang cuba mencipta persepsi kononnya berlaku perpecahan dalam parti, termasuk percubaan menukar pemimpin, “cemburu” dengan prestasi parti Islam itu yang kini berada pada kedudukan terbaik.

Katanya, percubaan pihak lawan untuk melaga-lagakan pemimpin PAS bukanlah sesuatu yang mudah, malah adalah usaha yang sia-sia dan orang ramai tidak perlu melayan kabar angin tersebut.

“Dalam keadaan prestasi PAS pada tahap paling baik dalam sejarahnya, mustahil mahu ubah pucuk pimpinan tertinggi.

“Malah PAS lebih kuat pada kedudukan hari ini untuk terus mencatat prestasi lebih baik dalam PRU akan datang.

“Saya percaya banyak pihak, terutama musuh PAS iri hati dengan pencapaian ini dan cuba mencetuskan ketegangan dengan mengadu domba.

“Bukan senang nak laga-lagakan PAS di peringkat ini,”katanya.

Dakwaan wujudnya pertembungan dua aliran dalam PAS bukanlah perkara baharu dan sering timbul, khususnya menjelang pemilihan parti, dan usaha itu tidak memberi kesan besar kepada sokongan akar umbi parti itu.

Setakat PAS belum mengumumkan tarikh muktamar agungnya untuk memilih pucuk pimpinan baharu setelah sesi 2019-2021 berakhir.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/02/18/dakwaan-perpecahan-dua-geng-dalam-parti-kami-tenang-sahaja-kata-pemimpin-pas/