Panas !!! Rakyat guna ruangan komen FB Istana Negara luah perasaan kecewa terhadap kerajaan PN

Oleh MHDAILY

Seolah-olah tidak tahan dengan pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, warga maya menyuarakan rasa tidak puas hati mereka menerusi ruangan komen di akaun Facebook Istana Negara.

Dalam satu hantaran yang memuatnaik gambar Muhyiddin menghadap Yang di-Pertuan Agong semalam bagi sesi perbincangan dan pertukaran pendapat berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan, rata-rata warga maya menggunakan platform media sosial untuk mengadu kesukaran mereka sewaktu pandemik Covid-19 dan tidak kurang juga yang “menyerang” pentadbiran Muhyiddin.

Tidak terkecuali juga, ada yang meninggalkan komen-komen nakal mengenai jumlah majoriti yang menyokong pentadbiran Muhyiddin.

Baca Artikel Penuh