PANAS!!! Najib dihukum penjara 72 tahun, denda RM210 juta

PANAS!!! Najib dihukum penjara 72 tahun, denda RM210 juta

Bekas perdana menteri, Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 72 tahun bagi 7 pertuduhan salah guna kuasa dalam kes membabitkan SRC International Sdn Bhd.

Bagi kes salah guna kuasa, hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menetapkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Bagi kes pecah amanah, hakim menjatuhkan hukuman 10 tahun penjara bagi setiap kesalahan.

Bagi kesalahan pengubahan wang haram pula, anggota parlimen Pekan itu dihukum penjara 10 tahun bagi setiap kesalahan. Bagaimanapun tiada denda dikenakan bagi kesalahan berkenaan.

Semua hukuman penjara akan berjalan serentak.

Najib kelihatan tenang sejurus mendengar hukuman dijatuhkan terhadapnya.

Semasa mengemukakan rayuan, salah seorang peguam bela Najib, Harvinderjit Singh, memberitahu tertuduh tidak dapat membayar denda yang ditetapkan kerana sudah diarah mahkamah lain membayar RM1.69 bilion kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Peguam itu juga merujuk kepada Seksyen 311 Kanun Prosedur Jenayah yang membenarkan penangguhan hukuman sementara menunggu rayuan yang didakwanya pasti akan menyusul selepas ini.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/536469

COMMENTS