Panas !!! Muafakat Nasional tunggu masa untuk umum ‘perceraian’

Oleh MHDAILY

Muafakat Nasional (MN) disertai UMNO dan Pas kini dikatakan di ambang keretakan dan dikhuatiri bakal ‘bercerai’ sebelum berlangsungnya pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo.

Tokoh veteran UMNO itu berkata, hubungan kedua-dua parti terbesar Melayu itu kini semakin parah dengan masing-masing sedang menunggu masa untuk melafazkan talak terhadap satu sama lain.

Meskipun koalisi MN lebih disenangi akar umbi UMNO berbanding Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Mohamad Khir tidak nampak formula MN dapat dipertahankan kecuali Pas bersetuju mengagihkan kerusi parti itu sendiri kepada Bersatu.

Baca Artikel Penuh