Panas!!! Istana Pahang sahkan titah adendum Najib Razak

Oleh JUNAIDA MAHUSIN

Sebuah surat rasmi yang mengesahkan perkenan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah,

untuk membenarkan bekas Perdana Menteri, Najib Razak, menjalani baki hukuman penjara di rumah telah diserahkan kepada mahkamah.

Peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah, menyampaikan surat tersebut di hadapan Mahkamah Rayuan di Putrajaya pada pagi ini.

Surat yang dikeluarkan oleh Majlis Kesultanan Pahang bertarikh 4 Januari lalu itu ditujukan kepada anak Najib, Mohamad Nizar,

Dan ditandatangani oleh Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Ahmad Khirrizal Ab Rahman.

Panas!!! Istana Pahang sahkan titah adendum Najib Razak

Peguam utama Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, memberi keterangan di hadapan Mahkamah Rayuan pada Isnin, di mana beliau menyatakan bahawa anak sulung Najib, Datuk Muhammad Nizar, telah mengesahkan wujudnya Titah Adendum yang dikeluarkan oleh Istana Pahang.

Menurut Shafee, dokumen itu membenarkan anak guamnya menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah, sebuah keputusan yang dikatakan telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Muhammad Nizar menerima dokumen tersebut yang diakui sebagai rekod peribadi Sultan Pahang. Shafee memohon agar semua bukti yang terkandung dalam affidavit ini diterima supaya pihaknya dapat berhujah lanjut mengenai rayuan ini.

Najib, yang sedang merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, menentang penolakan permohonan semakan kehakiman terhadap kewujudan Titah Adendum tersebut.

Dalam permohonannya, Najib mendakwa bahawa Titah Adendum tersebut akan membolehkannya menjalani baki hukuman penjara selama enam tahun di rumahnya.

Pada 3 Julai 2024, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Amarjeet Singh, menolak permohonan Najib untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman, setelah mendapati semua afidavit yang dikemukakan untuk menyokong permohonan Najib, termasuk kenyataan daripada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dan Naib Presiden, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, tidak boleh diterima kerana sifatnya yang tidak kukuh.

Sebagai pemohon, Najib telah meminta perintah mandamus untuk memaksa tujuh pihak tertentu menjawab dan mengesahkan kewujudan Titah Adendum bertarikh 29 Januari tahun lalu. Pihak-pihak tersebut termasuk Menteri Dalam Negeri, Komisioner Jeneral Penjara, Peguam Negara, dan beberapa individu serta kerajaan Malaysia.

Sebagai rekod, pada 23 Ogos 2022, Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas didapati bersalah atas tujuh tuduhan pecah amanah, penyalahgunaan kedudukan, dan pengubahan wang haram berkaitan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Walau bagaimanapun, pada 2 Februari tahun lalu, Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman itu kepada enam tahun penjara dan denda RM50 juta, yang memungkinkan Najib dibebaskan pada 23 Ogos 2028.

BACA: ‘Tiada lelaki yang ambil kesempatan’ Wanita Jepun terkejut tren di Malaysia lagi selamat dari Jepun

 

2 thoughts on “Panas!!! Istana Pahang sahkan titah adendum Najib Razak”

Leave a Comment