Panas !!! GPS tolak idea gabungan besar dicadang Bersatu

Panas !!! GPS tolak idea gabungan besar dicadang Bersatu

Pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) menolak cadangan agar parti itu menjadi sebahagian gabungan besar bersama Perikatan Nasional (PN) dan BN seperti disuarakan Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin.

Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) James Masing berkata tidak ada keperluan untuk GPS menjadi anggota rasmi mana-mana “gabungan besar”, seperti yang disebut Hamzah.

Katanya, harus ada “persefahaman yang disepakati bersama” antara GPS dan parti-parti lain, bahawa mereka semua mesti saling menyokong dalam setiap pilihan raya, termasuk pilihan raya negeri.

“Pendek kata, PN dan calon tidak boleh bertanding dalam (pilihan raya Sarawak akan datang) dan sebaliknya, parti Sarawak boleh bertanding di mana-mana kerusi di Malaya (semenanjung Malaysia),” katanya seperti dilapor The Malaysian Insight.

Naib presiden PBB, Abdul Karim Hamzah juga bersetuju bahawa GPS tidak perlu menjadi anggota rasmi bagi sebarang pakatan yang dicadangkan Bersatu.

Karim, yang juga menteri pelancongan, kesenian, kebudayaan, belia dan sukan negeri berkata status quo ketika ini di mana GPS menyokong kerajaan PN sudah mencukupi.

“Biarkan status quo kekal,” katanya.

Kelmarin Hamzah mencadangkan satu “piagam persefahaman politik” untuk membentuk gabungan besar merangkumi PN, BN dan GPS bagi menghadapi PRU15.

Hamzah berkata, pemeteraian piagam antara gabungan itu akan memastikan kelangsungan kerjasama antara ketiga-tiga pihak dan dapat meningkatkan keyakinan rakyat.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/554977

COMMENTS