Panas !!! Ebit Lew mohon maaf…

Panas !!! Ebit Lew mohon maaf…

Sejak semalam, nama Ustaz Ebit Lew telah menjadi carian utama susulan tindakkannya membeli 100 unit tablet buat para pelajar yang susah untuk mengikuti pembelajaran secara online.

Menurut muat naik yang dilakukan, pendakwah muda tersebut meminta orang ramai yang betul-betul mengalami kesulitan menghubungi talian yang disertakan dalam posting tersebut untuk memastikan mereka yang benar-benar layak menerimanya.

Terima ribuan mesej bantuan

Susulan daripada itu, beliau telah menerima ribuan mesej menceritakan kesusahan yang mereka alami lebih-lebih lagi berkenaan pembelajaran anak-anak.

Beliau juga berasa sebak apabila turut menerima ribuan permohonan sumbangan keperluan harian seperit kerusi roda, van jenazah dan juga tablet dari pelbagai bangsa, negeri dan juga mereka yang kehilangan pekerjaan serta golongan kelainan upaya (OKU).

Minta maaf tak dapat bantu semua

Ebit Lew mengakui hiba mengenangkan kesulitan yang dihadapi oleh mereka dan benar-benar berasa ralat kerana tidak dapat membantu semua orang yang ditimpa musibah. Dalam perkongsiannya sebentar tadi, pendakwah selebriti itu dengan tulus hati memohon maaf dan berharap dosanya diampunkan.

Beliau juga berdoa agar mereka yang  berada dalam kesusahan diberikan bantuan dan dipermudahkan urusan oleh Allah S.W.T.

Ustaz dah lakukan yang termampu

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen di ruangan Facebook Ustaz Ebit Lew dengan mengucapkan terima kasih kepada beliau.

Mereka juga mengakui bahawa pengorbanan pendakwah itu dalam membantu insan-insan serba kekurangan dengan cepat amatlah dihargai dan dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia.

Terima kasih ustaz terus membantu kami

 

Semoga urusan ustaz terus dipermudahkan

Ustaz dah usaha yang terbaik

Ebit liew