Perkara ini dikongsikan oleh seorang pengamal undang-undang syariah, Puan Hazwani Zainal.
Dia menggeleng kepala selepas membaca kisah tersebut.
Menurut si isteri, suaminya sudah mula meninggalkan solat dengan alasan mahagurunya telah menaikkan tarafnya,
membolehkan mereka solat hanya dengan niat. Lebih aneh lagi, suaminya juga mendakwa puasa tidak wajib baginya kerana dia sudah hampir ke tahap wali.
Apa yang lebih membimbangkan, suaminya menyuruh dia dan anak perempuan berumur 8 tahun untuk tidur dengan mahagurunya.
Apabila enggan mengikuti permintaan tersebut, mereka berdua didenda dengan teruk.
“Suami pernah suruh saya dan anak perempuan saya tidur dengan mahaguru atas alasan untuk penghapusan dosa dan boleh masuk syurga tanpa hisab. T
etapi saya berkeras untuk tidak mengikutnya, dan akhirnya kami dikurung dalam satu bilik gelap dengan tangan dan kaki dirantai. Semasa dikurung, kami dipaksa untuk hafal satu doa untuk meminta maaf kepada mahaguru.”
Jelasnya, suaminya telah terlibat dalam ajaran sesat ini selama 3 tahun selepas bertemu dengan rakan zaman sekolah dahulu. Mengenai nafkah, si isteri menyatakan bahawa dia tidak menerima apa-apa, sebaliknya dia yang diarahkan oleh suami.
“Sejak dia terlibat dengan kumpulan ajaran sesat itu, dia tidak pernah memberi nafkah. Dia juga telah berhenti kerja, mengatakan bahawa kerja sebagai arkitek itu hanya dunia, dan lebih baik fokus kepada syurga yang dijanjikan oleh mahagurunya.”
“Suami juga menyuruh saya dan anak mengutip derma di pasar malam. Tetapi semua duit itu diambil olehnya dan diberikan kepada mahagurunya. Saya hanya mendapat RM20 untuk makanan saya dan anak.”
Dia juga menceritakan bahawa dia akan dipukul suami jika tidak mengutip derma sehingga lebam dan dilabel sebagai derhaka kerana ingkar perintah suami dan mahagurunya. Namun, wanita itu menjelaskan bahawa Allah telah menyelamatkannya apabila dia ditangkap oleh pihak JKM kerana mengemis.
“Mungkin ini takdir Allah untuk menyelamatkan saya. Sekarang, saya tinggal dengan Paksu saya kerana ibu bapa saya telah tiada dan saya merupakan anak tunggal. Saya sangat ingin bercerai kerana risaukan keselamatan anak.”
Wanita ini kini sedang menjalani pemulihan akidah dan mendapatkan bantuan daripada seorang ustazah selepas membuat aduan di pejabat agama.
Kisah ini didedahkan apabila dia bertanya kepada Puan Hazwani Zainal untuk menuntut cerai, tetapi buntu kerana tiada bukti
BACA: ‘Tak boleh percaya Perikatan Nasional’ Muhyiddin mengaku PN dah tak boleh pakai dalam kempen PRK?