Paksa pemilik perniagaan jual saham kepada ‘cukong’ cina, Tun M kena saman

Oleh ANITA ABD RAHMAN

Paksa pemilik perniagaan jual saham kepada ‘cukong’ cina, Tun M kena saman

Seorang ahli perniagaan, Tan Sri Halim Saad memfailkan saman terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua pihak lain,

Bagi menuntut pampasan berhubung kerugian dialaminya selepas pengambilalihan saham Renong Bhd dan United Engineers Malaysia Berhad (UEM) oleh kerajaan, hampir 23 tahun lepas.

Paksa pemilik perniagaan jual saham kepada 'cukong' cina, Tun M kena saman

Saman itu difailkan Halim selaku plaintif menerusi Tetuan Malik Imtiaz Sarwar di Mahkamah Tinggi di sini pada 2 Ogos lalu dengan menamakan Dr Mahathir, bekas Menteri Kewangan II, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan kerajaan sebagai defendan.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, Halim yang merupakan bekas pengerusi eksekutif dan pengarah Renong mendakwa, beliau berniat untuk membuat tawaran am bagi menswastakan UEM sebagai anak syarikat Renong, dengan pelaksanaan itu membolehkan plaintif memperoleh kawalan serta milikan penuh ke atas UEM.

“Namun, saya diarahkan oleh Dr Mahathir dan Tan Sri Nor Mohamed, supaya tidak meneruskan tawaran am itu kerana kerajaan ingin mengambil semua saham dalam UEM melalui entiti yang ditetapkan, iaitu Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) atau pihak yang akan dicalonkan oleh Khazanah.

“Saya juga diarahkan agar keluar daripada UEM dan Renong sebagai pemegang saham, dan juga pengarah termasuk anak-anak syarikat dua syarikat itu. Ini mewajibkan saya untuk menyerahkan kawalan ke atas Renong dan UEM kepada kerajaan, dan selanjutnya melupuskan saham Renong milik saya dengan kerugian,” dakwanya dalam pernyataan tuntutan itu.

Halim mendakwa Khazanah telah memperoleh keseluruhan saham UEM melalui anak syarikatnya, Danasaham Sdn Bhd sekali gus memperoleh kawalan terhadap UEM yang ketika itu memiliki 32.6 peratus saham Renong.

“Dengan cara ini, kerajaan mengambil alih UEM dan secara tidak langsung memperoleh kawalan dan hak milik tidak langsung ke atas kumpulan Renong,” katanya.

Plaintif turut mendakwa perancangan kerajaan untuk mengambil alih UEM dan akhirnya diswastakan tidak akan dapat dicapai tanpa sokongannya.

BACA: Malas yang tak boleh dibendung, gara-gara malas hafal skrip, ini pelakon terkenal yang guna alat bantuan ketika berlakon