Pakar cadang kerajaan naikkan harga RON95 mulai 1 Julai cetus reaksi pengguna

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Subsidi berjadual untuk bahan api diesel telah dilaksanakan hari ini, 10 Jun 2024, di mana harga bahan api diesel Euro 5 B10,

Yang sebelumnya dijual pada RM2.15 seliter, kini naik sebanyak RM1.20 seliter, menjadikan harga jualannya RM3.35 seliter.

Program rasionalisasi bahan api ini tidak akan berhenti di sini, kerana kerajaan telah memberikan petunjuk bahawa langkah ini akan melibatkan juga bahan api petrol RON95 tidak lama lagi

Berapa kenaikan harga RON95? Bila ia akan dilaksanakan? Ini masih menjadi tanda tanya.

Untuk meramalkan perkara ini, Maybank Investment Bank (Maybank IB) telah membuat simulasi berdasarkan maklumat yang ada, menurut Ketua Ekonomi Maybank IB, Suhaimi Ilias.

Pakar cadang kerajaan naikkan harga RON95 mulai 1 Julai cetus reaksi pengguna

Dalam pembentangan Belanjawan 2024 Oktober tahun lalu, kerajaan mensasarkan penjimatan sebanyak RM11.5 bilion bagi perbelanjaan subsidi. Setakat ini, sasaran penjimatan itu telah mencapai RM7.4 bilion, termasuk RM4 bilion daripada subsidi elektrik dan RM1.2 bilion daripada penghapusan subsidi harga ayam.

“Pengurangan sebanyak RM2.2 bilion lagi adalah daripada penyasaran subsidi diesel yang bermula 10 Jun 2024, iaitu jumlah pro-rata berbanding RM4 bilion yang boleh dicapai bagi setahun penuh,” tambah Suhaimi.

Jadi, menurut simulasi yang dibuat oleh Maybank IB, harga petrol RON95 perlu dinaikkan sebanyak 32 sen, bermula 1 Julai ini, bagi mencapai sasaran penjimatan RM4.1 bilion.

Sekiranya kerajaan bertindak lebih lambat, harga bahan api RON95 perlu dinaikkan lebih tinggi, iaitu sebanyak 65 sen atau 31.7% kepada RM2.70 seliter, bermula 1 Oktober 2024.

Menurut Maybank IB, kenaikan 10 sen seliter petrol RON95 mampu menjimatkan RM2.5 bilion subsidi untuk setahun penuh, dengan mengandaikan kenaikan diimbangi bantuan tunai bulanan kepada penerima yang layak.

Namun, menurut Suhaimi, tarikh sebenar harga petrol RON95 akan dinaikkan bagi tujuan penyasaran subsidi akhirnya adalah “keputusan politik”.

Beliau juga menyatakan bahawa dividen tambahan daripada Petronas boleh menampung sebarang kekurangan berbanding RM4.1 bilion yang diperlukan untuk mencapai sasaran Belanjawan 2024.

BACA: “Pertama kali saya berkelakuan biadap dengan orang tua, saya keluar bilik dengan mulut berdarah saya ludahkan mak mertua saya”