Pakar arkeologi temui Makam Firaun Rameses II berusia 3,000 tahun, tiba-tiba tukang gali temui sesuatu yang berharga
Sebuah makam pengebumian purba telah ditemui oleh seorang penggali sewaktu melakukan kerja pembinaan di Taman Negara Pantai Palmahim di selatan Tel Aviv, Israel baru-baru ini.
Memetik laporan Unilad, makam itu dipercayai wujud sejak zaman Firaun Rameses II Mesir yang terletak di dalam sebuah gua.
Difahamkan, gua itu mempunyai seni ukir yang dipahat dan berbentuk empat segi dengan sebuah tiang sokongan pada bahagian tengah kawasan itu.
Tidak cuma itu, berpuluh-puluh tembikar dan gangsa turut ditemui di dalam gua sama seperti yang diaturkan dalam upacara pengebumian sekitar 3,300 tahun lalu.
Menurut pemeriksa dari Penguasa Antikuiti Israel (IAA), Dror Sitron yang juga orang pertama yang melihat gua itu berkata, pihaknya menemui banyak tinggalan bekas tembikar dan beberapa sisa rangka.
Hasil siasatan mendapati kawasan yang terletak lapan kaki di bawah tanah itu masih lagi kukuh dan dipercayai tidak disentuh lebih 3,000 tahun lalu.
Menurut pakar, mereka percaya kawasan itu dahulunya merupakan lokasi berdagang dengan kapal yang dipercayai berasal dari Lubnan Syria dan Cyprus.
Difahamkan, rangka orang mati turut dikebumikan bersama di makam itu yang dipercayai untuk berkhidmat kepadanya di ‘akhirat’.
“Ia merupakan satu penemuan yang luar biasa dan menakjubkan sewaktu zaman Firaun Rameses II yang dikaitkan dengan Alkitabiah dari Mesir.
“Penemuan makam ini dijumpai oleh seorang penggali sewaktu melakukan kerja pembangunan Pihak Berkuasa Alam Semula Jadi dan Taman Israel,” kata IAA.
Sementara itu, Pakar Zaman Gangsa IAA, Dr Eli Yannai berkata penemuan itu membolehkan kajian dilakukan secara terperinci sewaktu zaman pemerintahan Firaun Rameses II yang berkuasa.
“Kawasan ini tidak pernah ditemui sebelum ini dan kami boleh mendapatkan maklumat daripada artifak, sisa-sisa kapal dan sisa organik yang tak dapat dilihat dengan mata kasar,” katanya.
Tambahnya, gua itu berkemungkinan dapat memberikan gambaran lengkap tentang adat pengebumian sewaktu Zaman Gangsa Akhir.
“Gua ini mengandungi puluhan bekas tembikar dalam bentuk dan saiz yang berbeza termasuk periuk memasak, balang simpanan, dan lampu,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Pengarah Pihak Berkuasa Antikuiti Israel Eli Eskosido bersama Pengarah Pihak Berkuasa Alam Semula Jadi dan Taman Israel, Raya Shurky akan merangka pelan untuk tapak perlindungan purba itu yang tercatat sebagai sejarah kuno Israel.
BACA:
Wanita ini dedah kenapa bahaya guna sudip kayu bila memasak yang ramai tak tahu akibatnya