Isu mengenai pakej pelancongan pempengaruh, Kim Seri, masih hangat diperkatakan hingga hari ini.
Namun, ia tidak berakhir di situ sahaja.
Sebelum ini, Kim Seri juga merupakan pemilik sebuah restoran makanan Korea halal yang terletak di Myeongdong, Seoul, yang turut menjadi perhatian ramai,
Terutamanya pelancong beragama Islam yang menghadapi kesukaran untuk mencari makanan halal di destinasi pelancongan tersebut.
Namun, disebabkan kontroversi yang melanda Kim Seri baru-baru ini,
Restoran tersebut difahamkan telah bertukar tangan, dan Kim Seri mendakwa dirinya telah ‘ditendang’ daripada pemilikan perniagaan itu.
Melalui hantaran di IG Story, Kim Seri memuat naik tangkap layar kenyataan seorang individu yang memberitahu bahawa Kim Seri
bukan lagi pemilik restoran tersebut dan mengingatkan orang ramai agar tidak menghubungi restoran itu melalui WhatsApp.
“Allah tahu siapa yang berusaha keras untuk mendapatkan kedai ini dulu daripada pemilik. Allah tahu penat lelah yang kita mulakan. Berbulan-bulan merancang dan menghias, namun hari ini kita ditendang begitu saja. Kejamnya dunia perniagaan. Selamat datang ke dunia wajah-wajah,” tulis Kim Seri.
Dalam beberapa hantaran IG Story yang lain, Kim Seri turut berkongsi kenangannya bersama restoran tersebut dan mengakui bahawa segala yang dimiliki hanyalah ‘pinjaman’ daripada-Nya.
BACA: Honda dan Nissan bakal bergabung syarikat, netizen bayang Nissan GTR pakai enjin Type-R