Padah main sorok-sorok, budak empat tahun tersangkut dalam mesin basuh. Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dilaporkan terperangkap dalam mesin basuh di rumahnya di Jalan Bariang Cubadak, Sumatera Barat semasa bermain sorok-sorok, lapor Suara.com.
Kanak-kanak itu dikatakan sedang bermain sorok-sorok bersama adik beradiknya dan secara tiba-tiba dia tersangkut di dalam mesin basuh tersebut. Anggota bomba Kota Padang dipanggil untuk mengeluarkan kanak-kanak berkenaan.
Ketua Operasi Balai Bomba Bandaraya Padang, Sutan Hendra berkata, pihaknya menjalankan proses pengeluaran kira-kira 30 minit.
“Jadi anak itu bersembunyi di sana (mesin basuh). Masuk ke dalam bahagian pengeringan. Proses pengeluaran mengambil masa sekitar 3o minit,” kata Sutan ketika dihubungi oleh Suara.com pada Khamis.
Sutan berkata, kejadian tersebut berlaku pada hari Rabu 12 Oktober lalu sekitar pukul 20.15 WIB. Kanak-kanak perempuan itu bermain tanpa pengawasan ibu bapanya sehingga dia tidak dapat keluar dari mesin basuh tersebut.
“Kanak-kanak perempuan itu tidak boleh keluar dengan sendiri, ibu bapanya juga panik. Jadi mereka segera menghubungi kami bagi membantu mengeluarkan kanak-kanak tersebut,” kata Sutan lagi.
BACA:
Boleh buat lakon watak lembut, Awie dedah pekerjaannya sebelum jadi Mat Rock
Izara Aishah mengamuk, ‘itu bayi Laha***, semoga kamu reput di Neraka!’
Chef terkenal dunia buka restoran di Malaysia hanya bayar RM1.5K je gaji staff