Padah bawa anak pergi RXZ member, lelaki menyesal anak dijangkiti kuman terhidu asap 2t

Oleh SURIANI HAMDAN

Para peminat dunia pemotoran, terutamanya motosikal, sangat menyambut baik acara RXZ Member yang memberikan peluang

untuk merapatkan ukhuwah melalui konvoi ke lokasi yang ditetapkan oleh penganjur.

Sehingga kini, enam siri acara telah diadakan untuk para peminat.

Sementara ramai memilih untuk pergi seorang diri, ada juga yang membawa keluarga mereka dengan menunggang motosikal masing-masing.

Namun, tidak semua pengalaman berjalan lancar. Seorang individu telah mendedahkan pengalaman pahit yang dialaminya pada acara RXZ Member beberapa tahun lalu.

Padah bawa anak pergi RXZ member, lelaki menyesal anak dijangkiti kuman terhidu asap 2t

Menerusi TikTok @asrul9zero, beliau berkongsi bahawa dia tidak akan membawa anak kecilnya lagi selepas insiden yang menimbulkan masalah kesihatan dan memerlukan rawatan di hospital.

Kejadian itu berlaku pada acara RXZ Member 4.0, di mana beliau bersama isteri dan bayi yang masih kecil datang ke lokasi yang ditetapkan.

Pada awalnya, segalanya berjalan baik, tetapi kemudian anaknya terpaksa dibawa ke hospital kerana disyaki mengalami jangkitan kuman pada paru-paru.

Ini disebabkan oleh terhidu asap 2T yang dihasilkan oleh ekzos motosikal RXZ semasa acara tersebut. Akibatnya, bayi itu terpaksa ditahan selama 7 hari di wad untuk rawatan lanjut.

Nasib baik, anaknya tidak mengalami masalah serius, dan lelaki ini memilih untuk tidak membawa bayi ke acara tersebut selepas itu.

Sekiranya beliau menghadiri acara, dia akan meninggalkan anaknya kepada nenek untuk dijaga sementara menyertai aktiviti permotoran itu.

Melihat kepada ruangan komentar, ramai netizen meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir ibu bapa yang memandang remeh isu keselamatan bayi mereka, terutamanya dengan terdedah kepada cuaca panas dan asap toksik yang berbahaya semasa acara berlangsung.

BACA: Nak sarung baju putih tapi dah kekuningan? Boleh bersih dan kekal putih guna 5 bahan je!