‘Order motor RM9,000 di FB, sekali yang dapat baju je’ Dua sindiket penipuan jualan motosikal ditahan oleh pihak polis yang bertindak sebagai penjual dan kurier penghantaran.
Memetik Suara.com, kedua-dua mereka melakukan penipuan penjualan motosikal dan juga barangan lain menerusi pasaran di aplikasi Facebook dan memperdaya seorang penduduk Kampung Batuan, Sukawati, Gianyar, Bali, Indonesia yang membeli motosikal Kawasaki Ninja.
Jumlah kerugian yang dialami penduduk Gianyar itu mencecah hingga RM 9,000.
Memetik Ketua Polis kawasan tersebut, Made Ariawan P bersama Unit Siasatan Jenayah, AKP Anak Agung Alit Sudarma serta dua unit lain berkata mereka telah beberapa kali menerima laporan berkaitan penipuan jual beli di atas talian.
“Berdasarkan laporan pada 30 Jun 2022 lalu, mangsa memaklumkan telah ditipu selepas membuat pembelian motosikal jenis Kawasaki Ninja secara atas talian menerusi laman Facebook,” jelasnya,
Pada awalnya, suspek meminta mangsa untuk mengirim sejumlah wang bernilai lebih kurang RM7,000 dan meminta megirim sekali lagi sejumlah wang hingga jumlah kerugian mencecah RM9,000.
“Suspek juga memalsukan resit penghantaran. Ketika kiriman itu sampai di rumah mangsa, yang diterimanya bukan motosikal sebaliknya adalah baju” jelasnya lagi.
Difahamkan, mereka berdua ditahan di kediaman mereka yang dipercayai pelaku yang melakukan penipuan tersebut.
“Suspek yang mendakwa bahawa motosikal itu miliknya mengaku memuat turun gambar motosikal tersebut melalui Google dan kemudian menyiarkan gambar tersebut di laman Marketplace di Facebook.
“Mereka juga mencari contoh resit di Google untuk disunting dan meminta wang kepada mangsa dengan bayaran penuh,” jelasnya lagi.
Dalam pada pada, salah seorang suspek juga menyamar sebagai petugas kurier yang ditugaskan untuk meyakinkan mangsa bahawa motosikal itu benar-benar dikirim, selain turut menyunting resit kiriman bagi menguatkan lagi dakwaan bahawa barang yang dihantar adalah motosikal.
Suspek telah didakwa di atas beberapa kesalahan berkaitan penjualan barangan elektronik dengan hukuman penjara hingga enam tahun. Selain itu, mereka juga didakwa atas kesalahan penipuan dan boleh dikenakan hukuman penjara hingga empat tahun.
BACA:
Fahmi Feza selamba tolak jemputan TMJ nak jumpa, “saya harap kamu faham”
Tuntutan Sulu: Didakwa jadi punca, Tommy Thomas akhirnya buka mulut