Order laptop, yang dapat kotak bijirin. Seorang wanita terkejut apabila menerima bungkusan mengandungi kotak bijirin, sedangkan dia memesan komputer riba untuk anak perempuannya, lapor akhbar The Sun semalam.
Lizzie Pattison, memesan komputer riba pada Oktober lalu tetapi selepas membuka bungkusan penghantaran, dia mendapati bahawa kotak bijirin yang dihantar ke rumahnya.
Wanita dari Lichfield, Staffordshire, itu kemudian segera menghubungi syarikat peruncitan online, Amazon untuk mendapatkan bayaran balik tetapi ditolak kerana tempoh untuk mengadu tentang barangan jualannya itu telah tamat.
Komputer riba itu adalah hadiah untuk membantu anak perempuannya, Daisy yang akan mengambil peperiksaan penilaian sekolah rendah pada tahun depan.
Berang dengan layanannya, Pattinson memberitahu Perbadanan Penyiaran British (BBC) bahawa: “Kebimbangan utama saya ialah akan ada sebilangan kanak-kanak pada pagi Krismas yang akan membuka apa yang ibu bapa fikirkan sebagai tablet atau komputer riba kerana mereka belum membuka kotak itu.”
Bagaimanapun, Amazon akhirnya menawarkan bayaran balik kepada Pattinson dan anak perempuannya yang berusia 10 tahun selepas BBC membantu menyiasat kes mereka.
BACA:
Iqbal dedah sesuatu mengejut pasal Erra Fazira – “dia layan saya..”
Kajian tunjuk nasi putih punca nombor satu diabetes di Asia
Ini dia watak utama yang rungkai mayat terakhir tragedi Batang Kali
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio