Kemelut rumah tangga pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin masih menjadi teka-teki ramai
Hingga ke hari ini selepas pelakon wanita tersebut dilaporkan memfailkan cerai beberapa hari lalu.
Terbaru, penyampai radio, DJ Sonic tampil bersuara mengenai isu ini kerana ramai yang menghubunginya
untuk mengetahui lebih lanjut tentang situasi Fazura.
Menerusi akaun Instagram, DJ Sonic ada mendedahkan sesuatu tentang pelakon jelita itu.
“Saya cuma nak bagitahu satu perkara, Fazura ni seorang insan yang sangat baik dengan semua orang. Tak kira siapa anda. Fazura sangat kuat bekerja, sampai saya pernah tanya, ‘Faz tak penat ke?’
Jawapan Fazura mudah, ‘Sejak kecil saya diajar untuk berdikari dan cari duit. Ini sudah jadi rutin!'”
Selain itu, Fazura juga dikatakan sangat menjaga keluarganya dengan baik, walaupun sibuk dengan kerjayanya.
“Kalau kami keluar makan, tanpa gagal Fazura akan bungkus makanan untuk keluarganya di rumah. Dia akan beli macam-macam, dan sentiasa tengok jam untuk pulang cepat.”
DJ Sonic juga menyatakan bahawa hanya orang yang rapat dengan Fazura tahu betapa hebat dan baiknya Fazura sebagai seorang ibu.
BACA: Impian lelaki milik RXZ harga ‘jekpot’ berkecai, ditipu scammer RXZ harga RM4000