Orang tua ini buktikan dia setia dengan kata-katanya, tulis pegawai Tun M

Oleh MHDAILY

“Saya bukak mask saya masa orang kecoh nak ambik gambar MP yang berdiri”

Respon Tun Dr Mahathir tadi bila ditanya apa yang berlaku hari ini di Parlimen, apabila dia antara yang berdiri bersama 3 MP Pejuang lain dan ahli ahli Parlimen lain.

Boleh tengok how the old man stand with his principle. I salute you sir. Walaupun jeritan ‘Ambik gambar! Ambik gambar…! Semua ni tolak Belanjawan, biar rakyat tengok’. Mungkin itu suara Baling atau Arau. Benda tak betul, nak takut apa?

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Hari ini berlaku sesuatu yang kita tak pernah sangka. Selama hari ini pembangkang kecoh tak nak JASA lah, belanjawan ni perlu ditolak lah. Hari ini nak bangun berdiri pun tak ada sorang pun berani!

Bila mana kita tolak Belanjawan, bukan bermakna kita menolak apa yang baik untuk rakyat. Kita cuma mahu ada perkara yang bersifat membazir dan political diubah untuk kebaikan rakyat.

Perbelanjaan macam renovate office, renovate itu ini untuk apa? Itu sebab kita tolak.

Bila Tengku Zafrul umum pasal KWSP, sebenarnya tak perlu melalui Parlimen pun, sebelum ini KWSP umum sendiri melalui peringkat eksekutif mereka. Begitu juga dengan moratorium.

Tapi tidak mengapa, dia umum just to get support and excitement. Ada beberapa yang menjadi persoalan seperti tambahan RM100 juta untuk sekolah tahfiz yang tak ada dalam pengumuman Belanjawan 2021 awal bulan lalu,

diumum sebab nak jawab Simpang Renggam punya persoalan

Kita tak boleh ubah macam tu. Kena ada kat mana dia tarik, kat mana dia tolak. Sebagai contoh bila dia umum haritu jumlah Belanjawan ialah RM320bilion, maka, kena tambah RM321 bilion dan ini perlu ada pengiraan dan bukan boleh diumum begitu sahaja. Dia kena buat justifikasi mana dia tambah, mana dia kurang. Itu belum lagi peruntukan JASA (walaupun dikurang) tetap kita tolak.

I am not an economist or accountant here tapi tak pernah berlaku boleh umum selain dari apa yang diumum pertama kali.

Kenapa di minit akhir ada whatsapp mesej dari Ketua Whip supaya jangan bangun (untuk belah bahagi). Sebab itu ada video tersebar ada MP dah bangun, tapi disuruh duduk semula.

Apa permainan ini? Kalau kalah di peringkat undian tak mengapa, itu sudah dijangka, ini nak dapat 15 pun tak dapat.

Apa kesimpulan hari ini? The old man, yang dihina selama ini lah yang konsisten. Bak kata Tun tadi “Hari ini kita tahu siapa kawan dan siapa lawan dalam parti lawan (pembangkang) itu sendiri”

Mana so called ‘Convicing, Formidable’ support tu?

Gambar : Dr Mahathir tenang sahaja menulis untuk blognya pada 6.32 petang tadi di pejabat.

Sumber :