Orang ramai menangis tengok Zamani kembali berjalan tegak

Oleh MHDAILY

Orang ramai menangis tengok Zamani kembali berjalan tegak. Selepas tiga hari menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang melengkung akibat penyakit skoliosis pada Isnin lalu, penyanyi Zamani dibenarkan keluar hospital petang ini.

Memetik BH Online, perkara itu dimaklumkan oleh isterinya, Nur Juliana Abd Rani yang turut berkongsikan keadaan kesihatan suaminya bertambah baik.

“Assalamualaikum semua. Alhamdulillah Zamani dibenarkan keluar hospital petang ini. Saya dan Zamani ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada doktor, team operation dan semua kakitangan Sunway Medical Centre Velocity serta kepada semua yang mengambil berat dan mendoakan Zamani sepanjang beliau menjalani pembedahan sehingga ke hari ini.

“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Pak Nil (Datuk Aznil Nawawi), semua peminat-peminat, pihak media dan para penyumbang dana untuk Zamani. Segala budi baik dan doa anda semua amat kami hargai sehingga akhir hayat,” katanya.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Juliana turut berkongsikan video perkembangan terbaru suaminya dilihat berjalan di hospital.

Orang ramai menangis tengok Zamani kembali berjalan tegak

Sebelum ini, Juliana memaklumkan, Zamani dalam keadaan baik selepas 48 jam menjalani pembedahan dan sedang berada dalam pemantauan pihak hospital.

Juliana berkata, Zamani dinasihatkan doktor supaya berehat lebih lama bagi memastikan keadaan kesihatannya pulih dengan cepat.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Nur Juliana (@mrsj_zamani)

BACA:

Baby Shima buat hal lagi – “dia datang dengan seluar dalam pulak”

PM-10: Anwar janji bawa ramai pelabur datang Malaysia

Intan Najuwa belanja menari dalam rumah buat mata netizen perasan sesuatu