“Orang luar tak perlu sibuk”… Awie ulas kenyataan mahu Wings kembali bersatu

Oleh FAHMI ABBAS

Datuk Awie menggesa semua pihak agar tidak mengeruhkan keadaan dengan mengungkit atau menjaja kisah silam kumpulan Wings.

Menurut Awie, atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 56, kesejahteraan kumpulan Wings perlu dijaga

Dengan tidak memperbesar-besarkan isu lalu. Beliau berharap semua pihak terlibat belajar menerima apa yang telah berlaku.

“Pihak lain tak perlu sibuk. Jo pun dah move on, saya pun dah move on. Jadi, tak ada apa lagi yang perlu dikecohkan.

“Kepada sesiapa yang dah terkeluar dari landasan, tak perlu masuk campur.

"Orang luar tak perlu sibuk"... Awie ulas kenyataan mahu Wings kembali bersatu

Biar band saja uruskan hal band, tak perlu orang luar nak sibuk. Duduk diam-diam saja,” katanya kepada mStar.

Awie juga menegaskan bahawa beliau tidak pernah memberi komen mengenai isu dalaman Wings, tetapi sering dipersalahkan atas apa yang berlaku dalam kumpulan itu.

“Saya tak pernah buka mulut, saya diam saja. Jangan keruhkan keadaan atau timbulkan isu ini lagi.

Kalau timbul juga, nanti orang nampak buruk pada saya. Saya tak mahu terus dituduh kerana saya tak pernah bercakap apa-apa tentang hal ini,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Awie bakal menjayakan konsert Triad buat kali pertama bersama kumpulan Wings, Search, dan Dragon Malaya.

Konsert yang menampilkan Awie sebagai vokalis tunggal itu akan berlangsung pada 14 Februari tahun depan di Zepp, Kuala Lumpur.

BACA: Padah ‘makan’ duit orang, Kim Seri ditendang dari pemilikan Restoran di Korea