“Orang luar pun menghargai”- Menu Rahmah, mat salleh ini cadang Perdana Menteri UK belajar dengan Anwar

Oleh MHDAILY

“Orang luar pun menghargai”- Menu Rahmah, mat salleh ini cadang Perdana Menteri UK belajar dengan Anwar. Seperti umum tahu, kerajaan sudah pun melancarkan inisiatif Menu Rahmah kepada semua rakyat Malaysia

Terutama sekali bagi golongan B40 agar mereka dapat menikmati makanan dengan harga yang berpatutan. Menu Rahmah boleh didapati dalam set hidangan lengkap.

Tentu sekali, ia sedikit sebanyak dapat membantu golongan ini. Namun, banyak saja pendapat yang kita boleh lihat di media sosial. Ada yang setuju dan ada juga yang tidak.

"Orang luar pun menghargai"- Menu Rahmah, mat salleh ini cadang Perdana Menteri UK belajar dengan Anwar

Lain pula dengan video Mat Salleh ini apabila dia pula yang teruja tentang Menu Rahmah telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Puji inisiatif kerajaan Malaysia sebab bantu golongan B40

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki Mat Salleh berkongsi rasa kagumnya terhadap pengenalan Menu Rahmah di Malaysia.

Dia juga dilihat turut mencuba hidangan lengkap tersebut berserta sayur dengan hanya RM5. Apa yang lebih mendapat perhatian ramai adalah dia telah membandingkan harga hidangan di Malaysia dan juga di negaranya United Kingdom (UK).

Malah, dia juga turut memberi cadangan agar pihak kerajaan UK turut mempertimbangkan inisiatif yang sama di sana.

“Orang luar pun menghargai” – Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan reaksi dan padangan masing-masing mengenainya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 81.9K views, 522 retweets dan 1,171 likes di Twitter.

BACA:

Boss Mydin sanggah MP Pas Menu Rahmah punca penyakit

Singapura dedah rahsia HSR dibatalkan, pendedahan ini buat bekas PM tak senang duduk