Operasi Judi : Jangan kerana ‘pulangan lumayan’, kerajaan PN bersikap ‘menutup mulut’ – tegur Pas

Oleh MHDAILY

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu menyusun kerangka ke arah menamatkan sepenuhnya aktiviti berteraskan perjudian dari terus beroperasi di dalam negara ini. Ianya dapat dilaksanakan dengan tidak lagi diberi sambungan untuk melanjutkan perlesenan setelah tamat tempohnya yang akan datang.

Untuk merealisasikannya kerajaan mesti memiliki iltizam politik untuk tidak menjadikan cukai dari sektor tersebut sebagai perolehan hasil kewangan negara. Biarpun memberi nilai sangat besar berbilion ringgit, hakikatnya ia tidak harus menjadi sumber pendapatan apatah lagi sebagai kebergantungan.

Jangan kerana ‘pulangan lumayan’, kerajaan bersikap ‘menutup mulut’ atau ragu-ragu dari kebenaran bahawa perjudian sama ada berlesen atau tidak, ianya tetap haram di sisi Islam. Malah yakinlah, ketegasan ini akan mendapat sokongan moral rakyat, sekali gus membersihkan kantung negara.

Baca Artikel Penuh