Octafx disenarai dalam amaran pengguna kewangan oleh BNM. Anda pasti cukup kenal dengan platform dagangan Forex, OctaFx kerana sering terlihat iklan yang ditayangkan pada sejumlah platform di dalam talian. OctaFx juga sering mencanang bahawa mereka adalah platform yang sah dan selamat digunakan umum.
Bagaimanapun, Bank Negara Malaysia (BNM) baru sahaja memasukkan platform OctaFX ke dalam Senarai Amaran Pengguna Kewangan. Ini bermaksud OctaFX secara rasminya tidak dibenarkan atau diluluskan di bawah undang-undang dan pentadbiran berkaitan yang ditadbir oleh BNM.
Bukan itu sahaja, BNM juga menyertakan kesemua pautan laman web dan media sosial OctaFX di bawah Senarai Berjaga-jaga. BNM menjelaskan sesebuah syarikat akan dimasukkan ke dalam senarai ini jika ia disalah anggap atau kelihatan sebagai entiti atau skim berlesen atau dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Oleh itu, anda diminta untuk berjaga-jaga dengan sebarang kandungan yang berkait dengan nama syarikat ini. Ditambah pula dengan siaran iklan yang mempamerkan influencer Malaysia menggunakan platform tersebut sekaligus boleh mempengaruhi orang ramai untuk mencubanya.
BNM sebelum ini juga meluahkan rasa khuatir dengan kebanjiran skim BNPL yang bakal membuatkan pengguna berbelanja melebihi kemampuan.
BACA:
Faizal Ismail kembali jadi DJ Radio, berganding dengan Mawi
National Geographic kena kecam, salah sebut Singapura di Malaysia