Nyawa pakcik ni macam kucing 7 kali terselamat dalam kemalangan ngeri, ini kisah buat ramai nak tahu

Oleh MHDAILY

Nyawa pakcik ni macam kucing 7 kali terselamat dalam kemalangan ngeri, ini kisah buat ramai nak tahu.

Malang tidak berbau, itulah peribahasa yang sering digunakan untuk menggambarkan mengenai kecelakaan atau kemalangan yang boleh berlaku secara tiba-tiba.

Pastinya ramai orang pernah merasai pelbagai peristiwa atau kejadian nahas yang hampir meragut nyawa.

Nyawa pakcik ni macam kucing 7 kali terselamat dalam kemalangan ngeri, ini kisah buat ramai nak tahu

Namun, kisah seorang lelaki dari Croatia ini mungkin agak pelik kerana dia mendakwa pernah terselamat sebanyak tujuh kali dalam kemalangan sebelum memenangi loteri.

Lelaki paling bertuah dan malang di dunia

Lelaki yang dikenali sebagai Frane Selak itu dianggap sebagai lelaki paling bertuah dan malang di dunia.

Menurut portal All That Interesting, Selak mendakwa bahawa dia pernah menaiki kapal terbang untuk pergi melawat ibunya yang sakit. Penerbangan terawal yang tersedia telah pun penuh ditempah oleh orang ramai, tetapi dia mendakwa berjaya memujuk syarikat penerbangan itu untuk membenarkannya duduk di bahagian belakang pesawat bersama pramugari.

Perjalanan yang disangkakan lancar itu rupanya berakhir dengan satu tragedi di mana pintu pesawat tersebut dipercayai telah terbuka sejurus sebelum mendarat.

Tidak lama kemudian, Selak berkata pesawat itu terhempas dan pramugari, dua juruterbang serta 17 penumpang lain telah terkorban.

Dia bagaimanapun mendakwa telah terselamat secara ajaib selepas mendarat di dalam timbunan jerami yang menahan kejatuhannya.

Setahun sebelum pesawat itu terhempas, Selak mendakwa bahawa dia pernah berada di dalam kereta api dari Sarajevo ke Dubrovnik yang tergelincir dan terhempas ke dalam sungai berais.

Tetapi dia telah terselamat dan mengalami hipotermia serta patah tangan.

Seterusnya, pada tahun 1966, Selak juga mendakwa pernah menaiki bas yang terbabas ke dalam sungai, menyebabkan empat orang maut. Dia mendakwa bahawa telah berenang dengan selamat ke tebing dan hanya mengalami luka dan lebam kecil.

Kereta pernah terbakar secara tiba-tiba
Dalam pada itu, dia turut dilaporkan terselamat dalam dua kemalangan yang sama pada tahun 1970 dan 1973 di mana keretanya tiba-tiba terbakar semasa dia sedang memandu.

Kereta itu dipercayai meletup tetapi dia berjaya melarikan diri ke tempat yang selamat.

Selepas 22 tahun tanpa kemalangan, Selak berkata dia terselamat dilanggar bas ketika berjalan di Zagreb pada 1995.

Selain itu, dia mendakwa telah memandu di pergunungan Croatia pada tahun berikutnya. Trak yang datang dari arah depan menyebabkannya terbabas dari tebing setinggi 300 kaki.

Bagaimanapun, dia telah melompat keluar pada saat-saat akhir dan melihat sebatang pokok di tepi tebing ketika keretanya menjunam ke bawah.

Ramai yang tak mahu berada dekat dengannya
Gambar: ScoopWhoop
Kata Selak kepada The Telegraph, rakan-rakannya merasa risau untuk menaiki kenderaan bersamanya atau berada berdekatan dengannya sama sekali.

“Ramai yang tidak mahu lagi berjumpa saya dan mengatakan bahawa saya mempunyai karma yang buruk,” katanya.

Tidak lama selepas itu, dia dilaporkan telah memenangi loteri sebanyak $960,000 (lebih RM4 juta).

Pun begitu, ada yang mula meragui kesahihan kisahnya yang luar biasa itu dan mereka mula ‘menyiasat’ mengenai kemalangan yang dikatakan berlaku terhadap lelaki itu.

Difahamkan, tiada rekod rasmi yang mendokumenkan nahas pesawat Croatia yang maut pada tahun 1963 atau nahas kereta api pada tahun sebelumnya.

Pada masa yang sama, BBC melaporkan tahun kemalangan pertamanya adalah pada 1957, bukannya 1962 dan mengatakan bahawa ia berlaku di dalam bas, bukan kereta api.

Tetapi, hal ini tidak bermakna bahawa Selak berbohong. Mungkin kisahnya mengandungi campuran kebenaran dan pembohongan atau terlupa mengenai beberapa butiran atau juga mereka yang menceritakan kisahnya semula tersilap menokok tambah.

Selak dilaporkan telah meninggal dunia pada tahun 2016 di usia 86 tahun.

BACA:

Anwar Ibrahim akan dedah kes 6/6/1976 yang rakyat tak tahu, apa benda kes 6/6/1976? Ini kisahnya

Ahli kelab gastrik bulan ramadan kena elak 7 makanan ini masa berbuka, no.2 tu mengejutkan!